MELAYU MALAS?

Aku tertarik dengan laporan berkenaan ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan Bangsa Melayu itu PEMALAS / MALAS ketika menghadiri Majlis Ulangtahun Parti Pribumi Bumi Bersatu Malaysia.

Adakah adil untuk berkata sedemikian walaupun memang benar wujud budaya MALAS, tetapi bukan semuanya sebegitu kerana pada aku, jika Melayu itu PEMALAS?, pasti tanah ini tidak Merdeka atau mengecapi kemajuan seperti sekarang. 

Jika kita ingin bandingkan anak-anak TUN M, sememang semuanya sangat berjaya dan bergelar Jutawan, tetapi adilkah untuk membuat pembandingan sebegitu?. Hakikatnya masih ramai bangsa Melayu yang berusaha siang dan malam demi sesuap rezeki bagi keluarga tercinta.

Jika bertanya pada aku, keadaan MALAS ini disebabkan oleh pemimpin itu sendiri. Pemimpin sahaja yang mampu mengubah bangsa yang dipimpin maju ke hadapan. Pemimpin sahaja mampu meniup semangat berusaha dikalangan rakyat yang dipimpin.

Sebagai contoh dalam sebuah organisasi, semestinya akan wujud pekerja yang prestasinya agak merundum atau tidak menunjukan sebarang kemajuan yang diperlukan. Adakah menyalahkan pekerja tersebut akan memajukan organisasi?, semestinya harus diadakan latihan demi latihan buat pekerja yang mempunyai keadaan MALAS seperti yang diperkatakan.

Benar, bangsa asing dilihat sangat rajin apabila berada di negara ini, sama seperti bangsa Melayu yang mencari rezeki di negara Asing. Siang bekerja sebagai pengutip buah, malam bekerja sebagai pekerja kedai makan atau restoran.

Jika kita melihat budaya kerja di Korea atau Jepun, para pekerja mereka kebiasaan akan pulang lewat malam dari pejabat, seandainya sang suami balik awal, ia akan menimbulkan kebimbangan kepada ahli keluarga kerana nanti mungkin dibuang kerja oleh majikan kerana pulang pada waktunya.

Mungkin ibubapa juga bertanggungjawab ke atas sikap malas bangsa Melayu. Mengapa aku berkata demikian?, cuba lihat sekeliling, anak-anak sekarang terlalu dimanjakan, jika tidak dibelikan apa yang dihajati pasti tidak ingin memajukan masa depan sendiri.

Pada aku, budaya atau sikap MALAS wujud pada semua bangsa, bukan Melayu sahaja. Cuma bagaimana kita mengatasi sikap begitu, Melayu itu asal bangsa yang rajin, jika dikatakan MALAS maka harus dilihat atau dicari puncanya.

Memang pelik bukan apabila bangsa asing yang ke tanah bertuah ini, mampu keluar dari kemiskinan sedangkan bangsa yang lahir dari tanah ini, masih ramai terperangkap dalam kesusahan. Adakah disebabkan MALAS?.

Ramai golongan muda masa kini, melakukan lebih dari 2 kerja dalam sehari. Demi menampung kos hidup yang sentiasa menunjukkan peningkatan.

Lihat sahaja di Tambak Johor, berapa ramai orang Melayu mencari rezeki di Singapura?. Balik selewat jam 1-2 pagi, bangun seawal 3-4 pagi. Adakah mereka MALAS?.

Berapa ramai rakyat Thailand mengambil upah sebagai penoreh getah di Malaysia ketika nilai mata wang tinggi?. Kini apabila nilai mata wang Thailand semakin tinggi berbanding ringgit maka mereka mula kembali ke negara asal.

Tun Dr Mahathir Mohamad menyenarai fakta-fakta seperti berikut :Mengapa Tun M kata Melayu Malas

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?