Pengaruh Dadah


Aku tertarik laporan berita, berkaitan dengan penangkapan Ketua Sindiket Pengedaran Pil Kuda di Kelantan. Laporan tersebut pada aku cukup membuktikan kepada masyarakat tentang kecekapan pasukan keselamatan negara.

Suspek dilaporkan ditahan di KLIA ketika ingin berangkat ke Mekah untuk melakukan ibadah Umrah. Suspek yang ditahan, dilaporkan berusia 37 tahun. 

Melihat pada usia suspek, jelas menunjukaan bahawa dia masih muda dan telah berjaya mengetuai pengedaran dadah.

Sememangnya bukan orang calang-calang tetapi tersalah pilihan. Aku rasa seperti membaca kisah aksi seperti filem di kaca TV.

Penahaman suspek dilakukan setelah pihak Polis telah membuat serbuan dan merampas 700 ribu pil kuda yang bernilai RM10.5 juta. Berita penuh boleh diikuti di OPS TOUCAN.

700 ribu pil kuda seperti yang dilaporkan, satu nilai yang sangat besar, ia seolah-olah memperlihatkan bahawa pasaran pengedaran semakin meluas atau permintaan semakin tinggi.

Dari satu sudut, pada pendapat aku, ia sangat membimbangkan, 700 ribu biji, semakin mudah anak-anak muda kini dipengaruhi untuk mencuba dadah jenis yang dinyatakan.

Ibubapa harus memainkan peranan utama dalam memastikan anak-anak tidak terjebak dengan penagihan dadah sintetik sebegini.

Jangan terlalu bergantung kepada pihak berkuasa sedangkan ibubapa yang tinggal serumah dengan anak-anak.

Sekiranya 700 ribu biji pil kuda yang dirampas, terlepas ke dalam pasaran, aku terasa amat takut untuk membayangkan kesannya terutama kepada golongan belia.

Ibubapa atau golongaan dewasa harus memahami bahawa belia masa kini mempunyai 2 keinginan iaitu keinginan berkawan dan keinginan mencuba sesuatu yang baru.

Keinginan sebegini semestinya membawa kepada golongan belia sangat terdedah dengan risiko menjadi hamba dadah. Sekali mencuba pasti sentiasa menginginkannya.

Bagaimana aku tahu atau faham keadaan belia seperti yang dinyatakan?. Aku sendiri mempunyai pengalaman melihat bagaimana individu yang pada peringkat awalnya sangat baik orangnya.

Lama kelamaan, sifat mula berubah apabila mula berkawan dengan individu yang tidak sepatutnya kemudian mencuba sesuatu yang tidak seharusnya. Akhirnya hilang sifatnya yang dahulu dan akhirnya benda yang dicuba mencabut nyawanya.

Selain permintaan pil kuda, aku melihat permintaan daun ketum juga tinggi. Boleh rujuk laporan berita di ASTROAWANI. Daum Ketum, pada asalnya lebih kepada minuman herba namun telah diubah suai bagi meningkatkan kesan apabila meminumnya.

Walaupun menurut laporan berita, jumlah penagih dadah di Kelantan adalah sebanyak 16918 orang, menurut sumber Pecahan Jumlah Penagih di Malaysia. Aku amat pasti masih ada jumlah penagih yang terlepas  pandang.

Ibubapa ketika ini seharusnya mengambil perhatian lebih terhadap anak-anak, sentiasa memantau pergerakan anak-anak diluar rumah, terutama dengan siapa anak-anak berkawan.

Jangan menyesal dikemudian hari, jangan salahkan orang lain sekiranya anak-anak terlibat kerana pihak PDRM sentiasa memberi peringatan berhubung aktiviti anak-anak diluar rumah.

Ada ibubapa kerana terlampau sayang atau mempercayai anak-anak mereka, akhirnya terlewat kerana anak-anak semakin terjerumus ke lembah penagihan.

Kita harus sedar, tiada siapa pun akan mengaku jika mereka berbuat salah atau kesilapan atau perbuatan menyalahi undang-undang. Oleh itu peranan keluarga & masyarakat untuk mengenalpasti perbuatan yang salah dilakukan.

Jika semua pihak memainkan perana sepatutnya, aku pasti lama-kelamaan tiada lagi laporan berita berkenaan penglibatan belia negara dengan najis dadah.

Aku melihat, negeri Pantai Timur kini menjadi salah satu pilihan utama untuk melakukan penyeludupan apa sahaja termasuk dadah.

Sekiranya kita mendengar laporan berita tentang nilai rampasan dadah semakin tinggi, itu bermakna permintaan pasaran di Malaysia semakin tinggi.

Cara penagihan juga berbeza kerana ia turut melibatkan golongan profesional yang pasti nampak biasa dari segi luaran.

Aku pernah diajar oleh senior di Universiti, sekiranya aku ingin tenaga untuk ulangkaji sehingga keesokan harinya. Aku hanya perlu amalkan pengambilan bahan yang semestinya terlarang.

Isu dadah merupakan isu glocal, walaupun begitu ia bukan bererti kita harus tunggu dan lihat sahaja kerana dunia ini sentiasa berputar, penghuni sentiasa berganti. 

Adakah kita ingin para pengganti kita terdiri dari penagih dadah?.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?