CERPEN: MALEK


MALEK

Malek tersedar dari lena setelah Mak Uteh tidak henti-henti memanggil namanya. Waktu menunjukkan pukul 10 pagi, seperti biasa, Malek tidak akan bangkit dari katilnya selagi tidak Mak Uteh tidak membebel.

“Hari ini kan hari minggu”

“Nak tidur lama sikit pun tak boleh”

Keluh Malek apabila keluar dari biliknya. Terus menuju ke dapur untuk melihat makanan apa terhidang di atas meja.

“Kalau ye pun nak makan, pergi mandi lah dulu”.

Bicara Mak Uteh sambil tangan sibuk mengadun tepung untuk membuat kuih tempahan orang kampong.

Malek adalah anak saudara kepada Mak Uteh, oleh masalah keluarga, Malek di ambil sebagai anak angkatnya. Mak Uteh mempunyai seorang anak kandung yang kini sedang bekerja di Bandar. Mak Uteh sangat sayang pada Malek, segalanya keperluan atau kehendak dipenuhi. Dari bayi lagi, Malek dipelihara oleh Mak Uteh.

Malek pula seorang anak yang baik, sentiasa hormat Mak Uteh seperti ibunya sendiri. Sentiasa menjaga solat dan berbuat baik pada orang tua. Namun itu semua mula berubah sedikit demi sedikit…..

“Mak!, Malek nak motorsikal boleh?.

“Mak tengok basikal kau masih elok je, Malek”

“Tak best mak”, “kawan-kawan Malek, semuanya pakai motorsikal”

“Bolehlah mak?”.

“Baiklah, nanti mak usahakan”.

Malek sangat gembira apabila Mak Uteh telah berjanji untuk membelinya sebuah motorsikal.

Malek kini tidak sama seperti dahulu, apabila Mak Uteh menunaikan janjinya, Malek kian hilang pedoman kerana berkawan dengan budak-budak nakal. Malek sudah pandai menghisap rokok. Bahkan Malek sudah berani  mencuri wang Mak Uteh.

Satu hari, Mak Uteh memasuki bilik Malek untuk mengemas pakaian anak kesayangnya itu. Mak Uteh terjumpa bungkusan kecil yang isinya berwarna putih. Hati Mak Uteh tiba-tiba rasa risau, kepastian harus diperolehi. Hanya Malek ada jawapannya.

“Mak terjumpa bungkusan kecil dalam bilik kau, Malek”

Malek yang sedang leka menonton TV terus terdiam.

“Apa yang ada dalam bungkusan itu Malek?”

“Warna putih macam gula batu”.

Malek terus merandang apabila mengetahui bahawa Mak Uteh mengemas biliknya.

“Kenapa mak masuk bilik Malek?”

“Bungkusan itu, kepunyaan kawan Malek”

“Lain kali jangan masuk bilik Malek lagi”, “Malek tidak suka”.

Mak Uteh terkejut mendengar jawapan Malek yang meninggi suara padanya. Mak Uteh dapat merasakan kelainan pada diri Malek, dia semakin biadap apabila bercakap dengan Mak Uteh. Kalau Mak Uteh tidak beri dia wang, Malek akan mengamuk.

Mak Uteh ceritakan segala yang terjadi pada anaknya, Ridzuan sangat marah apabila mengetahui apa yang dilakukan oleh Malek pada emaknya. Ridzuan cuba menyiasat punca Malek berperangai semakin biadap. Rupanya sangkaannya  benar, Malek terlibat dengan penagihan dadah akibat pengaruh rakan-rakan yang Malek berkawan selama ini.

Ridzuan ini memasukkan Malek ke Pusat Pemulihan Dadah tetapi dihalang oleh Mak Uteh. Atas faktor sayang, Mak Uteh tidak sanggup melihat Malek masuk ke Pusat Pemulihan Dadah.

Pada suatu malam.

“Mak!, Malek nak duit?”.

“Mak mana ada duit Malek”, “Lama mak tidak menjual kuih kerana sakit”.

“Ala mak ni”, “dengan Malek pun nak berkira”.

Malek terus mengambil uncang wang Mak Uteh.

“Jangan Malek”, “Wang yang ada untuk beli beras Malek”.

Larangan Mak Uteh tidak diendahkan oleh Malek. Segala wang dalam uncang itu, Malek ambil dan terus keluar rumah.

Keesokkan harinya, heboh satu kampong, orang terjumpa mayat Malek tertiarap di kawasan rumah tinggal hujung kampong. Hasil bedah siasat, mendapati bahawa Malek mati akibat ‘overdose’ pengambilan dadah.

Mak Uteh mengambil keputusan untuk tinggal bersama anaknya di Bandar setelah Malek mati akibat dadah.  Seorang anak yang sangat baik pada zaman kanak-kanaknya, berubah akibat salah memilih kawan.

Sekian….

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?