KISAH PARTI KOMUNIS MALAYA


Parti Komunis Malaya (PKM) di tubuhkan di tanah melayu pada tahun 1930. Seterusnya aktiviti mereka semakin aktif sehingga akhir 1980-an. Kiblat fahaman semestinya PKM semestinya Marxisme. Matlamat utama adalah penubuhan sebuah Republik Tanah Melayu

Sejarah banyak mencatatkan pelbagai peristiwa yang menjadi bukti betapa kejamnya PKM, di antara yang kita sedia maklum seperti peristiwa serangan PKM ke atas Balai Polis Bukit Kepung & Pembunuhan Ketua Polis Negara.

Kisah perajurit negara yang terkorban pula sudah tidak terhitung, bagi mereka yang masih hidup, PKM telah meninggalkan parut luka yang sangat dalam pada diri mereka sehingga sukar untuk dilupakan sama sekali.

Aku bukan ingin bercerita soal sejarah penubuhan atau kegiatan yang dilakukan oleh PKM di Tanah Melayu. Hanya ingin berkongsi  cerita yang disampaikan oleh ibu tentang perjuangan atuk dan abah ketika PKM mengganas di Tanah Melayu.

Menurut ma selaku anak yang ke-2 dalam keluarga, atuk berkhidmat dalam pasukan Jungle Squad, kalau tidak salah ia dikenali sebagai pasukan polis hutan ketika ini. Fungsi penubuhan pasukan Jungle Squad sememangnya untuk memburu anggota komunis yang semakin bertindak kejam ketika itu.

Setiap kali operasi, atuk meninggalkan isteri & anak-anak tanpa mengetahui bagaimana nasib kesudahannya. Walaupun luka telah tiada tetapi parut yang ditinggalkan oleh PARTI KOMUNIS MALAYA kekal sampai bila-bila & diingati oleh generasi seterusnya.

Parut berdarah kembali, apabila dilaporkan bahawa ada kumpulan tertentu telah membawa pulang ABU MAYAT CHIN PENG iaitu Setiausaha Agung PARTI KOMUNIS MALAYA ke Tanah Melayu pada 16 September yang lalu. Chin Peng selama ini tinggal di Thailand telah meninggal dunia pada tahun 2013.

Hanya ABU, benar ia hanya ABU namun ABU itu milik seseorang yang pernah melakukan pelbagai kekejaman, pembunuhan yang sukar dimaafkan sehingga hari ini. Hanya orang tidak merasai kehilangan orang tersayang atau tidak merasai kekejaman yang dilakukan oleh anggota PARTI KOMUNIS MALAYA akan berkata ia hanya ABU.

Adakah begitu mudah, segala perbuatan PKM dimaafkan begitu sahaja?. Pelbagai reaksi yang berikan terutama anggota keselamatan yang bersara & mempunyai sejarah menentang PKM ketika berkhidmat.

Bagi aku secara peribadi, tindakan membawa pulang abu mayat Chin Peng merupakan satu tindakan yang melampaui batasan, seolah-olah segala pengorbanan yang dilakukan pada satu ketika dahulu adalah sia-sia.

Mungkin benar kata seseorang yang menyatakan manusia ini mudah lupa, mungkin termasuk orang yang menyatakan ungkapan tersebut. Segalanya telah terlewat, walau apapun yang dicuba dilakukan. Pengkhianat itu telah selamat kembali ke Tanah Melayu.

Abah aku sendiri, seorang anggota Tentera yang berkhidmat pada waktu PKM masih menguasai Hutan Belantara Tanah Melayu. Hampir menjadi Korban ketika melakukan Operasi bagi membolehkan para anggota tentera memasuki hutan untuk mencari anggota PKM yang masih ada ketika itu.

Catatan sejarah sudah cukup untuk dijadikan alasan bahawa setiap Tindakan yang dilakukan oleh anggota PKM tidak dimaafkan atau dilupakan sampai bila-bila kerana ada nyawa terkorban. Ada nyawa yang menderita kerana Matlamat Perjuangan PKM yang tidak sesuai di Tanah Melayu dari dahulu sehingga sekarang.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?