Dobi Self-Service

Rutin baru. Setiap minggu, pakaian kotor TERPAKSA  di hantar ke Dobi self-service yang semakin banyak dibuka di Kedai Ketereh ini. Adakah ia menunjukan penduduk semakin malas membasuh baju sehingga terpaksa hantar ke dobi self-service?.

Mengapa hantar ke dobi?, adakah mesin basuh rosak disebabkan banjir?. Bagi kes aku, ia disebabkan tekanan yang air rendah dan agak sesuai bagi mesin basuh jenis automatik.

Berbanding mesin basuh separa automatik, namun untuk turut mengalami kesulitan disebabkan sebab yang sama iaitu tekanan air yang semakin rendah berbanding sebelumnya.

Oleh itu, aku tiada pilihan lain untuk mencuci pakaian di kedai dobi self-service. Semestinya ia menyebabkan keperluan kewangan sedikit meningkat berbanding sebelumnya. 

Setiap kali ke dobi self-service, wang yang harus diperuntukan sebanyak RM 17.00 sekali cucian, bagi tempoh sebulan, minimun aku harus buat 4 kali cucian. Ia bermakna aku harus berbelanja RM68 hanya untuk dobi self-service sahaja.

Cuma kelebihan mencuci di dobi self-service ialah pakaian yang di basuh akan kering serta-merta kerana setiap kedai dobi menyediakan mesin pengering selain mesin basuh.

Siapa tidak sayang wang jika harus berhabis sampai seratus ringgit hanya untuk dobi. Tapi disebabkan tiada pilihan maka harus buat jua.

Selaku pelanggan, harus pandai memilihnya. Dobi Self-service yang mana menawarkan harga paling JIMAT dan perkhidmatan yang memuaskan kita selaku pelanggannya.

Mungkin salah satu hikmah aku belum bertemu dengan jodoh adalah disebabkan masalah bekalan air di negeri ini. Hari demi hari bukan semakin baik tetapi sebaliknya. Redha dan berserah?.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?