Menu Rahmah

 Ketika kos bahan mentah makanan semakin meningkat harganya diperingkat GLOCAL. Rakyat Malaysia tiba-tiba diperkenalkan dengan set makanan yang menarik dengan harga yang sangat berpatutan terutama bagi rakyat Malaysia dalam kelompok B40, Ia adalah set  Menu Rahmah.

Difahamkan bahawa set menu ini merupakan satu inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Apa yang menarik berkenaan dengan Menu Rahmah ialah harga yang ditawarkan pada satu set hanya RM5.00 sahaja.

Jika dilihat pada jenis makanan yang ditawarkan, pasti ada yang tertanya. Berbaloikah pengusaha atau penjual menjual Menu Rahmah dengan harga RM5.00?. Pada pendapat aku, jika melihat kepada sudut keuntungan yang besar, mungkin tidak.

Jika ada bertanya, apakah tujuan pihak KPDN dengan kerjasama pengusaha-pengusaha premis makanan menawarkan Menu Rahmah

Ia hanya salah satu usaha membantu rakyat Malaysia dalam kategori B40, satu usaha yang aku sangat sokong. Ia berdasarkan pengalaman aku ketika belajar dan bekerja di Kuala Lumpur dan Putrajaya. Nasi walaupun hanya satu lauk sahaja tanpa air, harga lebih dari RM5.

Adakah Menu Rahmah ini ditawarkan sepanjang masa?,mungkin ya, mungkin tidak. Memandangkan keadaan ekonomi dunia dalam situasi tidak menentu. 

Aku secara peribadi bersetuju dengan kewujudan Menu Rahmah ini. Membantu ketua keluarga dalam kategori B40, yang tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Membantu dari segi sumber makanan dan bagaimana mengurus kewangan terutama pada waktu-waktu tertentu. 

Aku melihat semakin banyak pengusaha premis makan mula memperkenalkan Menu Rahmah dengan pelbagai pilihan kepada pelanggan mereka. Sehingga premis fast food turut menawarkan Menu Rahmah, sangat menarik perhatian dan harus dicuba jika berpeluang.

 Ia sesuatu yang sangat positif dan diharapkan tiada pihak yang cuba mempolitikan usaha mula pihak KPDN ini. Difahamkan pihak KPDN turut bakal memperkenalkan pelbagai pilihan berdasar konsep Rahmah itu sendiri terutama ketika Umat Islam bakal memasuki bulan Ramadhan.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?