Bantuan Banjir

 Setelah sekian lama menanti. Akhirnya, mangsa-mangsa banjir pada akhir tahun 2022, bakal tersenyum gembira kerana  menerima bantuan bencana banjir yang dijanjikan oleh pihak kerajaan persekutuan sebanyak RM1000 pada minggu ini.

Difahamkan, keutamaan bantuan bencana banjir adalah kepada mereka yang mendaftar dan menginap di PPS yang berdekatan. Semestinya wang bantuan yang bakal diperolehi bakal meringankan beban keluarga yang terlibat. 

Sejujurnya aku dan keluarga tidak mengharapkan apa-apa cuma sebelum ini, TAPI pihak penghulu kawasan kami yang menyediakan borang permohonan kepada mangsa banjir yang tidak mendaftar di PPS.

Oleh itu, tidak salah jika aku dan keluarga menyimpan sedikit harapan terpilih untuk menerima bantuan bencana banjir sebanyak RM1000 nanti. Namun hakikatnya, bagai sudah dijangka. Aku dan keluarga tidak terpilih, sedangkan hampir kesemua jiran aku bakal menerima bantuan bencana banjir.

Hanya Allah SWT Maha mengetahui segalanya, aku sedikit rasa kecewa kerana salah satu punca mengapa terjadinya banjir di kawasan Pekan Ketereh ini ialah pembinaan pemparitan yang tidak sempurna. Maka tidak hairan ia salah satu faktor menyebabkan banjir semakin kerap berlaku di kawasan Pekan Ketereh ini. 

Mungkin sampai masa untuk rakyat Kelantan menukar kepimpinan negeri yang sedia ada. Aku tidak nampak sebarang usaha yang bersungguh-sungguh kerajaan negeri dalam menyelesaikan masalah yang ada. Aku bukan seorang cyber upahan bila bercakap soal pentadbiran kerajaan negeri, ia lebih kepada rasa kecewa aku dengan cara pengurusan masa ini.

Pada awalnya, aku dan keluarga menyimpan harapan jika kami memperolehi wang bantuan bencana banjir sebanyak RM1000 ini, kami ingin membuat tangki simpanan air tambahan. Demi Allah SWT, setiap hari, hati ini berasa sangat sakit bila melihat tekanan air yang sangat rendah.

Aku dan keluarga redha bukan rezeki kami untuk menerima bantuan bencana banjir pada kali ini. Secara peribadi aku mengharapkan, proses pemilihan penerima di lakukan dengan betul, jujur dan amanah. Sesungguhnya bila menyentuh soal wang ringgit ini, sesiapa pun banyak kalah dengan godaannya walaupun seorang TOK IMAN.

Bagaimana untuk waktu-waktu akan datang?, hanya Allah SWT Maha mengetahui.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?