Isteri Ku Pelajar Ku

 Agak lama aku tidak mengemaskini laman blog aku ini. Maklumlah apabila usia mula memasuki 40 tahun, tahap kesihatan aku semakin menurun dengan sendiri.

Cuma kali ini, aku seperti ingin mencatatkan satu sejarah yang berlaku dalam circle keluarga aku sendiri. Salah seorang ahli keluarga aku yang masih di bawah umur. Tiba-tiba telah mengaku pada ibu saudaranya, bahawa dia telah berkahwin dengan cikgu sendiri.

Semestinya ia sangat mengejutkan kerana perkahwinan itu berlaku pada akhir tahun yang lalu. Ketika ini, ahli keluarga aku itu sedang mengandung anak pertamanya. Aku sebenarnya kasihan pada ibu saudaranya kerana di tipu. 

Berkahwin secara diam-diam itu satu perkara, suaminya pula telah memiliki isteri, anak dan cucu. Berkahwin pula di Thailand. Mungkin ada hikmah di atas apa yang berlaku. Akhirnya mak cik aku tidak perlu lagi risau memikirkan perihal anak saudaranya yang kini telah memiliki suami.

Aku respect suami ahli keluarga aku ini, BERANI!, isteri tua belum tahun atau beri kebenaran. Tetap mendirikan rumah tangga dengan anak murid sendiri. HEBAT!.

Sepanjang aku hidup, banyak kisah yang aku dengari tentang cikgu berkahwin dengan pelajarnya sendiri. Akhirnya ia terjadi pada circle hidup aku sendiri. Dalam diam, boleh si cikgu bawa saudara aku ke Thailand untuk berkahwin.

Selama ini, alasan dengan diberikan latihan luar kelas. Rupa aktiviti buat anak. Nasib secara HALAL. Aku takut untuk bayangkan bagaimana agaknya jika isteri tua mengetahui tentang penikahan sang suaminya nanti.

Itulah kisah Cikgu Nikah Pelajar Sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?