Air Kelantan Part-6

 Di antara isu-isu yang sering kali melibatkan negeri Kelantan, semestinya masalah bekalan air paipnya yang sehingga sekarang. Masih tidak mampu diselesaikan secara total oleh pihak yang bertanggungjawab.

Disebabkan aku dan keluarga, tidak mampu bersabar mengharungi cabaran berkaitan dengan bekalan air di Kelantan. Berbekalkan wang simpanan yang ada, kami membuat tangki simpanan air yang lebih besar dan di letakkan di atas tanah.

Kami juga terpaksa memasang enjin air untuk membekalkan bekalan air yang ditadahkan ke tangki simpanan air yang terletak di atas bumbung rumah. Kos yang kami berhabis hampir mencecah RM2000.00 sahaja.

Kami mempunyai 2 pilihan, membuat tangki simpanan air atau memasang telaga tiub. Kos di antara pilihan tersebut hampir sama sahaja cuma, air yang diperolehi melalui telaga tiub lebih berbau dan tidak sesuai untuk kegunaan harian.

Alhamdulillah, aku dan keluarga tidak perlu lagi memikirkan masalah bekalan air. Tangki simpanan kami, lebih dari cukup untuk kegunaan aku dan ibu.

Malah jiran kami yang masih mempunyai masalah bekalan air, kami cadangkan mereka membuat tangki simpanan air tambahan seperti yang kami buat.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?