Politicized Religion

Penulisan kali ini, aku ingin tertarik untuk melihat perkara berkaitan agama dan ideologi politik. Keduanya merupakan perkara yang mempunyai perbezaan inti dan matlamatnya. Namun ada pihak berpendapat bahawa  agama dan politik tidak dapat di satukan dalam mencapat matlamat tertentu. Manakala ada pihak yang berpendapat bahawa agama dan politik harus disatukan demi kepentingan manusia. Benarkah begitu?.

Jika kita fahami definisi umum apa itu agama ialah KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN yang disertakan dengan beberapa perkara melibatkan penganutnya seperti Perlakuan, Sikap, Penyataan dan Benda-benda Material. Manakala Politik pula merupakan proses dalam membuat keputusan dalam sesebuah kumpulan.

 Berdasarkan definisi umum yang dinyatakan, adakah wajar Agama dan Politik di satukan?. Pada aku, Agama itu milik semua manakala politik pula wujud pelbagai proses dan cara dalam mencapai keputusan dalam sesebuah kelompok atau masyarakat. Agama dan politik boleh bersama tetapi bukan disatukan kerana manusia itu sifatnya mudah tergoda tambahan apabila berkaitan dengan kuasa.

Apabila dari kecil sehingga dewasa, aku sering disogokan dengan penyataan sokong PARTI TERTENTU MASUK SYURGA. Adakah mereka sendiri confirm masuk SYURGA?. Manusia memang lupa bahawa seorang Ulamak belum tentu masuk Syurga dan seorang Pelacur atau Pembunuh belum tentu masuk Neraka.

Islam itu milik semua, bukan milik pertubuhan atau organisasi, semua berhak dimasukan ke dalam syurga selagi sempat bertaubat dan berusaha berubah ke arah lebih baik. Iman tidak semestinya terletak pada cara pemakaian, harus berserban atau berjubah untuk menampakan Iman di dalam dada. Hanya Allah SWT Maha mengetahui apa yang terkandung dalam hati seseorang itu walaupun seorang Ulamak atau Agamawan.

Ada beza melakukan dosa dan melakukan kesilapan. Maka dari sudut pandangan aku yang bukannya buta dalam soal politik tanahair negara. Banyak kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin politik berteras agama yang begitu sanjung oleh penyokong. Setiap butir bicara diangkat seolah-olah benar belaka, padahala Sahabat NABI yang di angkat menjadi Khalifah Pertama iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq pernah meminta Umat Islam jika baginda melakukan kesilapan maka tegurlah.

Para Sahabat Nabi Muhammad SAW yang pasti masuk Syurga sentiasa bersederhana dalam politik. Inikan pula kita manusia yang penuh dosa walaupun ditutup dengan jubah putih penuh kuasa.

Hakikatnya kita harus sedar bahawa godaan kuasa sangat kuat dan bukan semua mampu memegangnya tanpa melakukan sebarang kekhilafan. Amat mendukacitakan jika ada manusia yang menggunakan Agama demi kuasa, konon ingin merubah segalanya apabila berkuasa, hakikat sama sahaja bila Allah SWT angkatnya sebagai Khalifah pula.

Jangan menutup dosa sebagai pemimpin dengan Agama, menakutkan rakyat dengan dosa seolah-olah Mereka yang menentukan siapa berdosa dan siapa yang mendapat pahala. Dari kecil, aku cuba memahami dan aku percayai tetapi kini Allah SWT tunjukan segalanya. Hati yang ingin berjuang demi Agama seolah lupa bila mendapat KUASA.

Kita semua harus memahami bahawa berilmu tidak semesti berakhlak tidak semestinya beriman atau bertakwa. Allah SWT Maha mengetahui apa yang terkandung di dalam hati, lisan dan hati kadangkala terkait kadangkala terpisah. Begitu hakikat manusia berdasarkan pemahaman aku secara peribadi.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?