PKP 3.0

 Kerajaan secara rasmi telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bagi 6 buah daerah di Selangor dan Kuala Lumpur. Pada pendapat aku, ia merupakan suatu tindakan yang telah diduga berdasarkan situasi semasa ketika ini. 

Tambahan pula ia di umumkan ketika Umat Islam bakal menyambut kedatangan 1 Syawal tidak lama lagi. Sekali gus sambutan Aidilfitri pada kali ini, sangat terbatas kerana aktiviti rentas daerah dan negeri tidak dibenarkan sama sekali. Semestinya mengundang kemarahan rakyat Malaysia secara umumnya kerana ketika ini negara dalam status darurat dan tiada sebarang perubahan ketara dapat ditunjukan.

Walaupun ahli keluarga aku, ramai yang bekerja dan tinggal di Kuala Lumpur. Apabila situasi sebegini terjadi, turut terasa kesuraman Aidilfitri kali ini. Pak cik aku tinggal di Klang, manakala mak cik di Cheras. Aktiviti rentas daerah tidak dibenarkan, maka mungkin masing-masing beraya dengan jiran tetangga semata-mata.

PKP 3.0 semestinya memberi impak kepada penghuni yang tinggal di kawasan berkenaan. Tambahan pula Selangor dan Kuala Lumpur merupakan lokasi bagi kegiatan ekonomi sektor swasta negara. Persoalan yang tinggal hanyalah setakat mana impak yang bakal dirasai oleh rakyat Malaysia?. Adakah sama seperti waktu PKP 1.0 dilaksanakan?.

Pasti bermain di fikiran, salah siapa sehingga kerajaan memilih melaksanakan PKP 3.0?. Pada pendapat peribadi aku, masing-masing ada kelemahannya iaitu rakyat dan pemimpin sehingga terjadinya PKP 3.0. 

Rakyat salah dari segi tidak mematuhi SOP yang telah dirangka oleh kerajaan. Walaupun bukan semua tidak mematuhi SOP, namun untuk mencetuskan sebarang penularan atau kluster baru. Cukup seorang pembawa sahaja dalam memulakannya. Tambahan pula ketika ini, negara India sedang dilanda gelombang pandemik yang sangat dasyat. Ribuan telah meninggal dunia dan dijangkiti. Cukup untuk dijadikan contoh berkaitan dengan kesan pandemik terhadap masyarakat dan negara.

Apa salah pemimpin?. Sejujurnya Grand Design yang dibuat bagi menyelesaikan masalah pandemik ini masih lemah walaupun pelbagai bantuan disediakan. Ada pemimpin masih boleh membuat Majlis berbuka puasa di hotel mewah sedangkan ada rakyat yang belum tentu menjamah nasi untuk berbuka. Malah dari segi pelaksanaan undang-undang, dilihat wujud situasi ketidak sama rataan. Biar Allah SWT menghukum berkaitan soal tersebut kerana hakikat dunia ketika ini, siapa kita menentukan segalanya.

PKP 3.0 pasti menjejaskan pemulihan ekonomi rakyat Malaysia secara tidak langsung. Walau sesukar mana, ia harus dilalui oleh rakyat Malaysia terutama dalam kategori B40. Bilakah pandemik ini akan berakhir?, tiada siapa mengetahui jawapannya walaupun ketika ini program vaksinasi telah dijalankan namun perkembangannya secara peribadi aku merasakan sedikit perlahan.

PKP 3.0 akan berlangsung selama 2 minggu, diharapkan ia mampu menurunkan jumlah rakyat Malaysia yang dijangkiti. Perjuangan ini melibatkan semua namun kesan yang dirasai pasti berbeza. T20 mungkin masih tersenyum ria begitu juga M40. Sesungguh ujian ini untuk semua, bukan untuk rakyat semata. Buat di atas, andai tidak mampu serahkan segera kerana kelak takut tidak termampu merangkak mencari rakyat untuk diampunkan dosa.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?