Rezeki Ramadhan

 Bulan Ramadhan kali ini mempunyai pelbagai kisah melibatkan rakyat Malaysia dan hampir kesemuanya berkisar tentang kesedihan. 

Bulan Ramadhan seperti kita semua ketahui merupakan bulan di mana, seluruh Umat Islam diharuskan menjalani ibadah puasa di siang hari.

 Pada waktu yang sama, bulan Ramadhan turut membuka peluang buat umat Islam menjana pendapatan. Pendapatan yang diperolehi melalui jualan makanan di Bazar Ramadhan, jualan pakaian Raya dan jualan kuih Raya. 

Sebelum Malaysia dilanda pandemik, ada dikalangan rakyat Malaysia yang mampu memperolehi pendapatan ribuan ringgit hanya di bulan Ramadhan.

Kini segalanya seperti tinggal kenangan, bayangkan seminggu sebelum memasuki bulan Ramadhan. Di Kelantan, ramai peniaga telah membayar wang deposit sewa tapak kepada PBT yang menyediakan lokasi Bazar Ramadhan. 

Semestinya nilai deposit tersebut bukannya murah, kemudian sehari sebelum Ramadhan. Penganjuran Bazar Ramadhan dibatalkan sedangkan para peniaga telah mengeluarkan modal yang besar dari segi membeli bahan mentah untuk jualan sepanjang Ramadhan.

Pihak berkuasa walau apapun alasannya, harus mengambil perhatian terhadap kesulitan yang dihadapi oleh para peniaga. Paling terkesan di atas pembatalan penganjuran Bazar Ramadhan adalah peniaga makanan. Namun kebanyakan peniaga sekitar kediaman aku, dilihat masih berusaha mencari lokasi yang sesuai untuk berniaga setelah pembatalan bazar ramadhan.

Ada yang menyewa kedai, ada yang berniaga membuka meja di tepi jalan. Segalanya dilakukan demi mencari sedikit rezeki ketika Malaysia masih dilanda Pandemik. 

Paling mendukacitakan, peningkatan kes positif di Kelantan, rakyat juga dilihat disalahkan sepenuhnya sehingga pihak berkuasa melarang para peniaga ini berniaga walaupun Ramadhan masih berbaki harinya.

Sememangnya mendukacitakan namun siapa rakyat ketika ini untuk meluahkan rasa. Mereka yang membuat polisi, seperti membuat uji kaji. Kalau plan A tidak berjaya maka dilakukan plan B, begitu juga sebaliknya. 

Sememang Ramadhan kali ini, banyak kisah sedih terutama soal mencari rezeki seperti biasa dilakukan ketika pandemik belum melanda.

Semestinya ujian pandemik harus ditempuhi semua pihak, tanpa mengira rakyat atau pemimpin. Cuma menjadi kekesalan ialah bagaimana cara pemimpin mentadbir dan membantu rakyat ketika dalam kesusahan. 

Hakikat Ramadhan membawa seribu satu rahmat termasuk peluang mencari rezeki. Seharusnya pemimpin memberi cadangan bagaimana rakyat dapat mencari rezeki dan pada waktu yang sama menjaga SOP yang difikirkan sesuai oleh kerajaan.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?