Kisah Aku dan Banjir

 Kita kini berada di bulan Disember, ia menandakan bahawa tahun 2021 telah sampai kepenghujungnya. Apabila memasuki bulan Disember, itu bermakna negara Malaysia ketika ini berada dalam musim bah atau banjir. Kelantan merupakan salah sebuah negeri di kawasan pantai timur yang seringkali mengalami bencana banjir, malah penduduk di Kelantan masih trauma dengan peristiwa bah kuning yang terjadi pada tahun 2014.

Banjir dan Kelantan seperti telah sebati sekian lama, setiap hujung tahun pasti berlakunya banjir dan pasti ada penduduk negeri Kelantan yang menjadi korban banjir. Aku sendiri pelik, mengapa bencana banjir menjadi sinonim dengan negeri Kelantan?.

Pada tahun 2014, ketika bah kuning terjadi, aku berada di Putrajaya, mujur abang aku bercuti di Kelantan ketika itu. Menemani ibu ketika musibah melanda. Walaupun situasi kritikal di beberapa buah daerah di Kelantan. Air banjir hanya berada di gigi tangga sahaja, Ketika itu, tiada bekalan elektrik, hanya bergantung kepada lilin semata-mata dan harga sebatang lilin ketika itu mencecah RM10 sebatang.

Pada tahun 2018, kawasan perumahan kediaman kami, sekali lagi di landa banjir, cuma kali ini lebih teruk kerana air memasuki rumah dan berada di takat paras lutut. Ma terpaksa kami pindahkan ke rumah saudara bahkan hampir seluruh penghuni  Taman perumahan kediaman aku berpindah kerana air semakin menaik.

Bagi tahun ini, alhamdulillah cuaca masih lagi dalam keadaan baik walaupun ada waktunya hujan turun dengan lebatnya. Namun itu bukan bererti tiada risiko berlakunya banjir di kawasan kediaman aku ini kerana kebiasaan tempoh berlakunya bencana banjir adalah bermula dari bulan Oktober sehingga bulan Februari.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?