Ular Bomba

 Tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi, tertera di skrin nama cousin aku yang menelefon. Aku baru sahaja terjaga dari tidur petang ketika itu, di talian cousin aku kata bahawa ada ular di belakang rumahnya yang bersebelahan dengan rumah ibu.

Terus mata aku rasa segar bila mendengar perkataan ular, maklumlah tinggal di kawasan perumahan, menjadi sesuatu yang pelik jika ada binatang yang tidak sepatutnya di kawasan rumah. Walaupun aku seorang lelaki tulen, bukan level aku untuk berdepan dengan makhluk tanpa kaki itu. Harus serah pada pakar dan talian 999 merupakan talian utama untuk dihubungi dan terus dihubungi oleh cousin.

Talian berjaya di sambung cuma pada pasukan yang jaraknya ada jauh dari lokasi kediaman kami, mak cik aku dah risau takut ular berjaya menyembunyikan tanpa jejak di belakang rumahnya. Mujurlah waktu itu, cucunya tiada di rumah kerana berada di rumah besannya di Pahang.

Disebabkan tempoh menunggu yang lama, aku pula cuba hubungi telefon pihak lain yang bertanggungjawab, siapa?. Semestinya pasukan BOMBA yang berada tidak jauh dari kediaman aku. Dalam tempoh tidak sampai 10 minit, sebuah kenderaan bomba sampai, bagi tujuan menangkap makhluk seperti ular, hanya beberapa anggota sahaja di perlukan, pada pendapat aku semata-mata.

Operasi geledah dan tangkap berjaya dilakukan oleh pihak bomba, aku terkejut GILA apabila melihat saiz ular yang ditangkap sehingga lupa untuk mengambil gambarnya. Tapi paling aku pasti ialah saiznya mampu membelit kanak-kanak berusia 5 tahun.

Aku tengok anggota bomba yang melakukan tangkapan haiwan terbabit sangat cekap. Tanpa rasa gentar dalam proses tangkap dan letak dalam karung. Kalau orang biasa, mustahil boleh secekap anggota terbabit.

Persoalan kini ialah adakah hanya ada seekor sahaja? berdasarkan saiznya berkemungkinan ada pasangannya. SERAM tengkuk aku. Benarkah?. Aku takut bila memikirkannya.



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?