Rempit di Kelantan

 Negeri Kelantan merupakan salah sebuah negeri yang istimewa. Apa sahaja laporan berkaitan dengan Negeri Kelantan, pasti mendapat perhatian banyak pihak terutama dari luar Kelantan.

Perhatian yang diberikan, adakah disebabkan parti PAS yang mentadbir atau ada sebab lain?. 

Di antara laporan yang mendapat perhatian orang-ramai adalah peningkatan Kes Mat Rempit.

Laporan yang dikeluarkan oleh pihak PDRM, menyatakan bahawa berlaku peningkatan jumlah tangkapan melibatkan mat rempit di Kelantan

Maka berlumba-lumba netizen membuat kritikan di sosial media di atas laporan yang disiarkan, seolah-olah di kawasan atau negeri lain tiada masalah mat rempit

Aku ada membaca komen-komen yang diberikan berkenaan isu terbabit, rata-rata mereka memberi komen seolah-olah meletakkan masalah mat rempit ini berpunca dari kegagalan pemimpin negeri.

Bagaimana mereka boleh berfikiran sedemikian?.

Padahal, di antara faktor yang mendorong berlakunya peningkatan jumlah kes tangkapan melibatkan mat rempit adalah dari keluarga dan pengaruh rakan sebaya.

Pada aku, isu mat rempit merupakan isu yang telah lama wujud, bahkan pembikin filem tempatan pernah menghasilkan beberapa naskah filem berkaitan dengan mat rempit. Ia bukan hanya merujuk kepada negeri Kelantan semata-mata.

Ibubapa harus memainkan peranan agar anak-anak tidak terjerumus ke dunia rempit atau samseng jalanan

Motorsikal pertama aku ialah setelah tamat pengajian di Universiti, tidak seperti remaja sekarang. Masih di sekolah rendah telah memiliki motorsikal sendiri.

Paling menyedihkan kebanyakan mereka yang terlibat dengan budaya rempit adalah orang Melayu. Ibubapa pula kerja buruh, kebun atau petani. Itu di antara fakta tentang mat rempit di negara ini.








Rujukan :

AWANI 

KOSMO

HMETRO

UTUSAN

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?