Temujanji Pakar

 Minggu ini, ma ada temujanji dengan Dr. Pakar di Klinik Kesihatan Ketereh. Rutin yang wajib buat ma dan aku selaku anaknya. Kami sampai ke Klinik Kesihatan seawal 7.30 pagi. Hanya ada beberapa orang sahaja pesakit luar. 

Selaku pesakit diabetes, ma perlu menjalani beberapa saringan kesihatan yang wajib setiap tahun. Hari itu, ma menjalani proses pemeriksaan tahap kesihatan jantung. 

Katil yang disediakan untuk pemeriksaan pula jenis lama yang tidak boleh laras. Fizikal ma yang sedikit besar, menyulitkan untuk naik ke katil tersebut. Mujur ada jururawat yang baik, sanggup menolong ma untuk naik ke katil.

Prosedur selesai jam 8.00 pagi, aku dan ma dah terasa kepenatan. Ma ada maklumkan bahawa tinggal satu prosedur lagi yang belum selesai iaitu melakukan X-RAY.

Perkara itu yang diminta oleh jururawat di bilik dr pakar untuk ma lakukan namun kami minta ia di tunda kerana ma benar-benar kepenatan.

Manakala hasil sesi bersama Dr. Pakar, hasil pemeriksaan kesihatan agak baik kecuali peratusan fungsi buah pinggang ma semakin menurun. Ia membuatkan aku bimbang dengan tahap kesihatan ma.

Dr hanya mampu berpesan agar ma menjaga pemakanan kerana itu merupakan faktor utama yang banyak mempengaruhi tahap kesihatan buah pinggang ma. Perkara paling dilarang ialah amalan memakan supplement kerana banyak kemudaratan berbanding kebaikan.

Next temujanji ialah bulan 2 dan bulan 4, in sha Allah semoga Allah SWT mempermudahkan segalanya untuk ma dan aku di masa hadapan. Dr pula asyik ingin merujuk ma ke Hopsital Kota Bharu, bukan aku ingin menolak kebaikan untuk ma tetapi kondisi kewangan dan sokongan yang agak kritikal. Maksud aku, sebelum ini, ada pak cik yang tolong hantar ma dan aku ke hospital, pak cik telah meninggal dunia.

Hakikat untuk ke hospital kota bharu sangat mencabar kerana kesukaran mendapatkan parking manakala ma tidak kuat untuk berjalan seperti orang lain. Hanya Allah SWT maha mengetahui kesulitan yang kami hadapi.

Bagi tempoh 2 bulan seterusnya, ma ada temujanji dengan Dr lagi, kemudian bulan 4 untuk temujanji seterusnya. Begitulah rutin bagi ma dan aku buat masa ini. 

Aku ingin bekerja seperti orang lain, namun tanggungjawab pada ma membuatkan aku berada di situasi sekarang iaitu tidak bekerja sehinggakan aku sendiri mengalami masalah kesihatan.

Semoga keadaan kesihatan ma semakin baik, begitu juga tahap kesihatan aku sendiri di masa hadapan.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?