PRN 2023

Masih berbaki 6 buah negeri di Malaysia yang belum membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) iaitu Kelantan, Terengganu, Selangor, Pulau Pinang, N9 dan Kedah.

Kita sedia maklum bahawa negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah berada dibawah pentadbiran Perikatan Nasional atau PN, manakala Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan pula merupakan negeri di bawah pentadbiran Pakatan Harapan atau PH.

Berdasarkan pemahaman aku, keenam-enam negeri terbabit harus membubarkan DUN, selewat-lewatnya sehingga Julai tahun 2023. 

Berdasarkan situasi terkini, difahamkan bahawa Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) akan membentuk kerjasama dalam menghadapi PRN nanti. 

Adakah kerjasama terbabit bakal memberi kelebihan atau sebaliknya kepada PH-BN atau PN?.

Pada PRN tahun hadapan iaitu 2023, mungkin akan ada hanya dua atau tiga komponen parti sahaja yang akan bertanding iaitu  PN, PH-BN atau Gerakan Tanah Air (GTA).

Sebelum ini, kita menyaksikan kerjasama BN-PAS melalui Muafakat Nasional (MN). Namun sayang, ia tidak kekal lama. Kini BN bersama PH dan PAS bersama PN

Aku percaya setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya, anggaplah MN merupakan sejarah lama yang tidak berulang pada waktu terdekat.

Kita semua harus redha bahawa Allah SWT tetapkan bahawa PH-BN berjaya membentuk kerajaan persekutuan buat masa sekarang. 

Aku berharap PN fokus kepada persiapan untuk mempertahankan Kelantan, Terengganu dan Kedah. Di samping mengatur strategik bagaimana untuk bertapak di Negeri Sembilan.

Aku percaya masing-masing mempunyai strategik dan kekuatan tersendiri. Aku berharap PN jangan leka dengan kemenangan yang diperolehi ketika PRU yang lalu, sebaliknya harus berusaha lebih kuat untuk memastinya negeri-negeri yang berada di bawah PN terus kekal disamping berjaya menawan negeri-negeri lain dalam PRN kelak.

Aku percaya ada sebab mengapa Allah SWT takdirkan komponen Perikatan Nasional menjadi pembangkang di Dewan Rakyat. In sha Allah, ada hikmahnya. Hakikat menang tidak semestinya benar, begitu sebaliknya.

Pengundi kini semakin bijak memilih terutama pengundi di peringkat usia 18 tahun hingga 20 tahun. Impak mereka dapat dilihat pada PRU yang lalu. 

Oleh itu, diharapkan setiap parti atau calon yang bakal bertanding ketika PRN nanti, berusaha menyakinkan pengundi anda.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?