Penceraian di Malaysia

Sejak kebelakangan ini, kita dihidangkan dengan kisah penceraian demi penceraian di kalangan rakyat Malaysia. Situasi bertambah menarik apabila turut melibatkan Selebriti tanah air dan  Ahli Parlimen Malaysia.


Difahamkan, setiap tahun, kadar kes perceraian yang berlaku di Malaysia sangat membimbangkan. Menurut data yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Bagi tahun 2016 sahaja jumlah kes perceraian dicatat sebanyak 51,642 kes manakala bagi tahun berikutnya kes yang dicatat sebanyak 49,965 kes.


Julat umur yang sering terpalit dengan kes perceraian adalah di antara 30 tahun sehingga 34 tahun. Jika mengikut kefahaman aku, julat umur tersebut merujuk pasangan muda yang mungkin baru berkahwin atau usia perkahwinan baru mencecah beberapa tahun.

Pelik bukan, perancangan perkahwinan begitu teliti sehingga kos mencecah puluhan ribu ringgit. Apabila menghadapi sedikit masalah, terus mengambil jalan mudah iaitu bercerai, tanpa berfikir panjang terutama kesan kepada anak-anak.


Walaupun aku masih belum berkahwin, tetapi cukup berpengalaman dalam soal perkahwinan kerana hampir semua sepupu telah berkahwin. Nilai kos perkahwinan bukan satu jumlah yang kecil, mencecah puluhan ribu ringgit.

Semestinya kita ingin mengetahui apakah punca atau alasan sebenar sehingga terjadinya perceraian. Menurut KPWKM, di antara punca atau alasan pasangan yang ingin bercerai adalah:

  • Tiada persefahaman dengan pasangan.
  • suami / isteri curang
  • campur tangan pihak mertua
  • suami tidak menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga.

Pendapat peribadi aku, timbulnya tiada persefahaman adalah kerana kurangnya komunikasi 2 hala antara suami-isteri. Keadaan sebegini menjadikan masing-masing tidak mengambil perhatian terhadap diri pasangan menyebabkan timbul rasa disisihkan.


Aku boleh beri gambaran apabila isteri mempunyai masalah di Pejabat atau di rumah, semestinya ingin seseorang menjadi tempat untuk mengadu atau meluahkan apa yang dirasai ketika itu. Begitu juga dengan suami itu sendiri yang turut inginkan seseorang sebagai tempat mengadu.


Konflik mula timbul apabila baik isteri atau suami meluahkan masalah yang dihadapi kepada bukan pasangan masing-masing, sebaliknya pada orang luar seperti rakan sepejabat. Lama kelamaan mula timbul rasa yang tidak sepatutnya iaitu selesa pada pasangan yang salah.

Elemen mempercayai harus ada diantara pasangan, begitu juga elemen kejujuran, jangan cuba menyembunyikan apapun pada suami / isteri terutama masalah atau bebanan yang harus dipikul.

Manakala bagi kecurangan, susah untuk aku beri pendapat kerana terdapat banyak elemen yang mampu mempengaruhi terjadi sebuah kecurangan walaupun suami / isteri telah memberi penuh komitmen.

Sebagai contoh suami / isteri sering keluar makan waktu tengahari bersama rakan sekerja berlainan jantina serta hanya berdua. Situasi sebegini mampu mencetus nafsu kecurangan.

Situasi lain, suami / isteri berlainan pasangan sering berkhusus bersama di luar kawasan dalam tempoh lama, mampu mencetuskan nafsu kecurangan secara tidak sedar.

Kecurangan mudah terjadi apabila pasangan suami-isteri berkongsi masalah keluarga dengan pihak ke-3 yang mana akhirnya terjadi kecurangan secara tidak sedar.

Pihak KPWKM turut menyenaraikan 3 isu utama membawa kepada perceraian iaitu :

  • Kewangan. (17,359 kes)
  • Gangguan pihak ketiga (6,574 kes)
  • Penderaan fizikal & mental. (4,884 kes)

Bagi aku, semestinya logik akal bahawa kewangan boleh menjadi punca utama jika berlaku kes perceraian, ketika kos hidup bagi Malaysia menunjukkan kadar peningkatan manakala keadaan pasaran ekonomi tidak menentukan menyebabkan ada pasangan suami / isteri hilangan sumber pencarian secara mengejut.

Apabila keperluan tidak selari dengan keberhasilan maka tekanan mula wujud, apabila suami / isteri gagal untuk bertahan maka perceraian. Kita tengok sahaja Filem Ibu Mertuaku arahan Tan Sri P. Ramlie, segalanya secara terang menunjukan bagaimana berlaku perceraian akibat masalah kewangan.

Aku tertarik dengan cadangan yang dikemukakan oleh kerajaan iaitu mengadakan ujian keserasian sebelum berkahwin yang dikemukakan oleh Timbalan Menteri KPWKM, asas cadangan ini diberikan ialah alasan yang diberikan oleh pasangan yang ingin bercerai iaitu tiada lagi kesefahaman.

As Muslim, aku suka mengajak seluruh Umat Islam yang belum berkahwin atau ingin berkahwin lagi setelah gagal dalam perkahwinan terdahulu. Rasulullah SAW bersabda bahawa " Seorang Wanita itu dikahwini kerana 4 perkara iaitu:
  • Hartanya
  • Keturunannya
  • Kecantikannya
  • Agamanya
Perkara utama di antaranya adalah menikahi seorang wanita itu pada Agamanya. Mengapa harus mendahulukan Agamanya berbanding 3 perkara yang lain?.

Pada pemahaman aku, wanita yang menjaga Agamanya pasti menjaga semuanya dari tutur kata, tingkah-laku kerana wanita yang menjaga Agamanya pasti takut melakukan dosa, takutkan api neraka Allah SWT.

Malah Allah SWT pasti ketemukan jodoh bagi wanita solehah dengan lelaki yang soleh.

Sekiranya ada pasangan ketika ini dalam kemelut menuju ke ambang perceraian, maka kembalilah kepada Allah SWT, in sha Allah pasti ketemu pilihan yang terbaik.

Walaupun menjatuhkan talak atau menceraikan isteri atas alasan tertentu dibenarkan oleh Islam, tetapi seelok mencari jalan penyelesaian yang lain terlebih dahulu. Menjatuhkan Talak biarlah menjadi pilihan yang terakhir. Sesungguhnya Talak mengegarkan Arash & dimurkai oleh Allah SWT.

Setiap pasangan yang menghadapi masalah seharusnya cuba ingat kembali bagaimana terbina hubungan suci ikatan perkahwinan antara pasangan. Cuba melihat & mencuba setiap pilihan yang ada. Jangan kerana kepentingan peribadi masing-masing orang lain menjadi mangsa termasuk anak-anak yang mungkin menjadi mangsa pengabaian.


Kesan penceraian pada anak-anak, kebiasaan menimbulkan kesan negatif, kebiasaan mereka berada bersama ibubapa mereka dalam satu rumah, kini mereka harus tinggal bergilir di antara rumah ayah dan rumah ibu.

Paling menyedihkan jika adik-beradik terpaksa terpisah, abang harus mengikut ayah, manakala adik harus mengikut emak. Disini kita lihat, siapa yang menjadi mangsa?, sang ayah?, sang isteri? atau anak-anak?.

Setiap pasangan yang berkahwin, pernah menjadi anak, adakah kita suka melihat ibubapa kita bercerai?. Oleh itu, sebelum penceraian dipilih, cuba memilih pilihan lain yang wujud, jangan kerana emosi benci maka lupa segala memori indah ketika bercinta sebelum kahwin.


Sekian.....

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?