Belia Baru Malaysia

Penulisan kali ini, aku ingin berkongsi pandangan terhadap golongan belia. Di Malaysia, kebiasaan had umur belia adalah dari 15 sehingga 40 tahun. 

Kini segalanya berubah apabila Dewan Rakyat telah meluluskan pindaan had umur belia, dari 40 tahun ke 30 tahun sahaja. Berdasarkan laporan akhbar bharian dan awani.

Semestinya sebelum had umur baru belia di luluskan oleh Dewan Rakyat, ia terlebih dahulu melalui kajian dan perbincangan oleh pihak yang berkaitan.

Perubahan had umur belia ini semestinya memberi pelbagai impak terhadap negara. Terutama mereka yang terlibat secara langsung dengan pembangunan golongan belia di Malaysia secara langsung dan sebaliknya.

Aku pasti wujud pelbagai pandangan berhubung perubahan had umur belia tersebut. Namun kita semua harus bersikap terbuka dan bersedia menerima perubahan.

Pada pendapat aku, jika kita ingin transformasi dasar negara kini dan masa depan. Maka transformasi tersebut harus dimulakan dari golongan belia di Malaysia.

Mengapa 30 tahun?, mungkin ia berdasarkan had umur yang dipraktikan di sebahagian negara. Aku secara peribadi berpandangan ada kewajaran mengapa had umur di ubah dari 40 ke 30 tahun.

Kebiasaan di Malaysia, mereka dalam kelompok umur 20 hingga 30 tahun mempunyai ideas dan gerak kerja yang lebih pantas. Ia berdasarkan keadaan aku ketika berada di peringkat umur tersebut.

Maka pada peringkat umur tersebut, kelompok belia baru mampu membantu kerajaan memahami kehendak dan keperluan belia.

Bagaimana keadaan mereka yang berada di kelompok 31 hingga 40 tahun?. Secara logiknya kebanyakan mereka di peringkat usia tersebut telah berkahwin dan memiliki kerjaya.

Oleh itu, jika ada dikalangan mereka yang aktif dalam pertubuhan atau NGO, mungkin mereka boleh bertindak sebagai mentor kepada kelompok belia baru di Malaysia.

Kebiasaan, hasil sesuatu perubahan itu sukar untuk dilihat pada waktu yang terdekat. Maka semua pihak harus memberi ruang dan peluan agar kita dapat melihat hasil perubahan had umur belia di masa hadapan.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?