Undi 18

Pilihanraya Umum di Malaysia bakal memasuki frasa baru apabila secara dasar 2/3 ahli Dewan Rakyat termasuk blok pembangkang bersetuju dengan pindaan PERKARA 119 (4) Perlembagaan, bahawa umur rakyat Malaysia yang layak mengundi diturunkan dari 21 tahun kepada 18 tahun.Laporan akhbar bharian dan metro.

Selain pindaan had umur mengundi, kerajaan bersetuju dengan permintaan pihak blok pembangkang agar rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun, secara automatik didaftarkan sebagai pemilih. Rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun, juga layak untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Keadaan ini, membuat aku tidak sabar menanti Pilihanraya Umum mendatang, mungkin jika dasar ini diwartakan awal, maka ia bakal dilaksanakan pada PRU ke-15.

Cuma terdetik dalam fikiran aku, adakah pemimpin sedia ada benar-benar bersedia menerima perubahan yang bakal terjadi atau sekadar bermain sandiwara semata-mata?.

Atuk yang berusia hampir 100 tahun masih ingin berkuasa, bagaimana peluang untuk golongan muda?. Terutama menjadi calon parti untuk bertanding bagi merebut kerusi DUN atau PARLIMEN?.

Aku berharap pindaan had umur untuk mengundi, dilaksanakan secepatnya, agak besar perbezaan takat umur 21 dengan 18 tahun. Namun mungkin itu yang terbaik buat kita semua, rakyat Malaysia kini semakin bijak menilai terutama menilai pemimpin.

Situasi bertambah menarik apabila usul  pindaan tarif belia yang kemukakan oleh Kementerian Belia & Sukan kini diluluskan oleh Dewan Rakyat. Langkah ini bakal memberi impak yang sangat besar bagi golongan belia di Malaysia.

Apabila tarifan umur belia berubah, ia turut mempengaruhi perubahan tarif peringkat umur yang merujuk umur 31 tahun hingga 40 tahun.

Aku cuba bayangkan jika calon bagi PRU akan datang berusia 18 - 19 tahun, memenangi pilihan raya tersebut, seterusnya dilantik menjadi Menteri, bagaimana agaknya?. Semua Skim Perkhidmatan Awam bakal berkhidmat di bawah Menteri berusia bawah 21 tahun.

Mampukah pemain politik bawah umur 30 tahun membawa perubahan yang diperlukan oleh rakyat Malaysia. Adakah bersedia menerima tekanan jika gagal mencapai manefesto yang dibuat?.

Semestinya perubahan demi perubahan yang berlaku bakal membentuk atau menentukan hala tuju negara dalam tempoh 10 - 20 tahun akan datang.

Jika ditanya pada aku, sesungguhnya perubahan yang diluluskan oleh Dewan tertinggi negara mempunyai risiko yang tersendiri.

Bayangkan situasi pembentangan tesis calon Master yang pernah aku ikuti, calon lebih muda begitu banyak menghasilkan kesalahan berbanding calon lebih berusia.

Walaubagaimanapun, lain padang lain lalangnya. Jika umur panjang, kita akan melihat & merasai di mana Malaysia akan dibawa oleh bakal pemimpin muda nanti. Sedangkan kini, telah nampak corak kepimpinan yang sangat lemah, ibarat kanak-kanak baru nak belajar berlari.



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?