Aku, Ujian dan Dugaan


Setiap hari, amat terasa bahawa masa berputar semakin pantas sehingga kita tidak sedar bahawa masih banyak tugas atau tanggungjawab yang masih belum diselesaikan.

Mungkin disebabkan itu, setiap umat Islam sentiasa diingatkan tentang INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA kerana SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DALAM KERUGIAN, KECUALI YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH.

Minggu lalu, minggu yang sedikit memberi tekanan buat aku, ma yang diserang demam panas sehingga berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. 

Nasib baik ada saudara-mara yang tinggal berdekatan membantu. Keesokan harinya terus mendapatkan rawatan di klinik agar keadaan tidak melarat. 

Seterusnya aku berdepan dengan masalah gangguan perkhidmatan internet ketika aku baru sahaja  renew kontrak baru dengan syarikat yang menyediakan perkhidmatan selama 2 tahun.

Aku sedar ujian atau dugaan yang ditempuhi hanya kecil berbanding orang lain, itu pun telah mengugat kesabaran aku. 

Bagaimana jika ujian berat menimpa, adakah aku kuat?. Minggu lalu juga, aku dikejutkan dengan berita tentang keadaan sahabat baik ketika tinggal di Putrajaya, kini dilaporkan dalam krtikal akibat terkena jangkitan kuman.

Doktor terpaksa menidurkannya bagi mempercepatkan proses rawatan terhadapnya. Sebagai seorang kenalan atau sahabat, aku hanya mampu berdoa dari jauh.

Sesungguh ujian yang dihadapi oleh sahabat aku lebih berat berbanding apa yang aku tempuhi sebelum ini. 

Adakah ini erti sebuah kehidupan bukan?, atas nama Iman & Ketakwaan, kita sentiasa diuji sehingga saat nyawa dicabut dari jasad. 

Sesungguhnya Allah SWT menguji Umatnya mengikut kemampuan. Sesungguhnya melalui Iman & Takwa mampu membantu setiap dari kita mengharungi apa sahaja ujian yang datang.

Ujian yang paling terkesan di hati aku apabila mengetahui kontrak aku dengan sebuah Kementerian akan ditamatkan kerana masalah kewangan. 

Setelah banyak aku korban untuk kerja yang diberikan, walaupun salah tetap aku lakukan, sehingga ramai kakitangan  naik pangkat.

Ketika usia aku yang semakin meningkat, peluang semakin terbatas namun aku harus terima walaupun sedih. 

Bagi aku, untuk berbicara soal kita diuji, sangat luas dan panjang kupasannya. Segalanya hanya merujuk kepada hikmah di atas setiap ujian yang diberi.

Rasulullah SAW yang merupakan kekasih Allah SWT turut menerima ujian yang jauh lebih dasyat dari kita. 

Rasulullah SAW yang telah dijaminkan masuk Syurga menerima ujian yang Maha hebat.

Kita hanya umat dan hamba Allah SWT yang kerdil seharusnya tidak mengeluh walaupun senafas di atas apa yang terjadi dalam kehidupan seharian kita.

Kita selaku manusia, seharusnya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan kerana ujian yang hadir itu pasti pelbagai termasuk soal kematian seseorang. 

Aku sebenarnya sangat takut bila berbicara soal kehidupan dunia kerana dunia ini sendiri adalah ujian buat Umat Nabi Muhammad SAW.

Sesungguh menjadi seorang penganggur itu satu ujian, adakah aku mampu keluar dari kepompong keselesaan atau membina satu semangat kerana ujian kehidupan tidak akan pernah terakhir sehingga saat akhir kita di atas dunia ini.

Hakikat kita semua tahu bahawa kehidupan yang dinikmati ketika ini hanya sementara sebelum kematian menjemput. 

Kita semua tahu bahawa selaku Umat Islam, kita pasti didatangkan ujian, namun mengapa kita masih merasakan belum bersedia di atas ujian yang menimpa.

Tahun lepas, pertama kali ma didapati tidak sedarkan diri ketika aku dan abang mencari rezeki di luar, ma seorang diri di rumah. 

Nasib baik cousin aku datang menjenguk, pada awalnya aku telah sedia maklum keadaan ma kurang sihat. 

Hakikat, kita tidak tahu bahawa ujian sentiasa ada untuk kita. Ma dikejarkan ke Hospital dan harus ditahan selama seminggu. 

Sesuatu yang sangat memberi tekanan kepada aku pada awalnya. Apapun keadaan kita harungi, ujian yang kita hadapi, sifat bersyukur harus ada kerana ujian yang hadir itu, tanda Allah SWT menyayangi kita selaku hambanya

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?