WANG HANTARAN


Salah satu topik yang sedang hangat diperkatakan atau diperdebatkan adalah berkaitan WANG HANTARAN bagi sebuah Perkahwinan. Semestinya fokus aku kepada Umat Islam atau Bangsa Melayu di Malaysia.

Perdebatan ini timbul apabila ada pihak yang berpendapat bahawa nilai WANG HANTARAN bagi seorang bakal pengantin wanita adalah mengikut kelayakan AKADEMIK. Ia membawa maksud, semakin tinggi tahap pendidikan seseorang bakal pengantin wanita, maka semakin tinggi nilai  hantarannya.

Bagi aku, isu wang hantaran ini merupakan isu yang agak sensitif namun wajar diperbahaskan kerana apapun nilai yang wajar diletak oleh ahli keluarga pihak perempuan, berdasarkan kemampuan pihak pengantin lelaki. Mengapa mengukarkan Sunnah atas nama nafsu semata-mata?.

Pelbagai respon diberikan berhubung isu yang menjadi pendebatan ini, ada yang bersetuju, ada yang sebaliknya. Mungkin kalangan kita lupa bahawa konsep WANG HANTARAN adalah sekadar adat atau budaya semata-mata, bukan sesuatu yang termasuk dalam rukun perkahwinan dalam Islam.

Konflik mula timbul apabila keluarga pihak pengantin perempuan mula campur tangan terutama dalam soal barangan dan wang hantaran. Keadaan ini bukan memudahkan proses sesuatu perkahwinan itu, sebaliknya menyulitkan.

Harus diambil perhatian bahawa hanya MAS KAHWIN diwajibkan dalam sebuah perkahwinan, manakala Wang hantaran hanya hadiah bentuk wang tunai dari pihak lelaki kepada pihak perempuan. Hadiah kebiasaan bergantung kepada kemampuan pihak lelaki untuk diberikan kepada pihak perempan.

Kini, penilaian wang hantaran mencapai tahap baru dalam masyarakat melayu walaupun bukan menyeluruh. Nilai wang hantaran kini berdasarkan kepada tahap pendidikan pihak perempuan iaitu
  1.  UPSR & PMR - RM2000 hingga RM4000. 
  2.  SPM - RM4000 hingga RM8000, 
  3.  STPM /DIPLOMA - RM8000 hingga RM12000,  
  4.  IJAZAH SARJANA MUDA - RM12000 hingga RM15000.
Pihak lelaki kini bukan sahaja dibebankan dengan nilai wang hantaran yang tinggi semata-mata tetapi turut dibebankan dengan pelbagai lagi, seperti:
  1. Nilai / jenis barang hantaran.
  2. tempat / lokasi untuk bersanding.
  3. jenis makanan yang dihidangkan kepada para tetamu.
  4. perkara sampingan lain seperti juru mekap, audio beserta DJ, juru kamera dll.

Melihat kepada situasi sebegini, maka tidak hairan jika kita mendengar bahawa kos bagi majlis perkahwinan kini mencecah puluhan ribu ringgit. Amat jarang, berlaku majlis perkahwinan secara bersederhana.

Adakah disebabkan faktor sebegini menyebabkan ramai lelaki mengambil keputusan menangguhkan dahulu perkahwinan mereka kerana belum berkemampuan menyediakan  wang bagi menampung kos majlis perkahwinan?.

Seharusnya pihak keluarga kedua belah pasangan mengambil pendirian berkecuali dalam isu WANG HANTARAN. Jangan terlampau ingin kemegahan dalam sebuah perkahwinan jika kelak terjadi sebuah penceraian yang tidak diduga sama sekali.

Bagaimanapun sekiranya bakal pengantin lelaki dan perempuan bermuafakat bersama-sama dari segi berkongsi kemampuan. In sha Allah tiada masalah yang harus difikirkan, janji majlis pernikahan & persandingan berjalan lancar.

Jangan terlampau mengikut adat sehingga lupa peraturan dalam sebuah perkahwinan. Rujuk sahaja, Mahkamah Syariah, berapa banyak kes penceraian direkodkan setiap hari?. Telah lama bercerai, hutang berkahwin belum jua selesai.

Kebahagian sebuah keluarga bukan terletak kepada wang hantaran, tetapi bagaimana perjalanan perkahwinan itu di kemudian hari. Aku sendiri takut apabila mendengar nilai wang hantaran ketika ini. Apabila anak perempuan masih tidak kahwin walaupun usia mencecah angka 30, barulah menyesal, akhirnya takdir juga yang disalahkan. Manusia oh manusia, mudah lupa dengan harta dunia.

Islam ingin memudahkan dan menghalalkan sebuah hubungan tetapi kita sendiri yang memilih untuk menyukarkan.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?