Aidiladha 2021

 Betapa masa kini berputar dengan pantas, sehingga waktu yang disangkakan masih jauh. Sekejap sahaja telah tiba waktunya. Alhamdulillah, ketika Malaysia masih lagi dalam situasi darurat atau PKP 3.0. Masih berpelung untuk menyambut Hari Raya Aidiladha 2021. Cuma kali ini, amat terasa perbezaannya berbanding tahun sebelumnya.

Kali ini, aku hanya beraya berdua bersama ibu. Abang tidak dapat pulang kerana larangan yang dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan. Maka tiada sebarang persiapan yang dilakukan sempena sambut Hari Raya kali ini. Walaubagaimanapun, mujur ada mak - mak saudara yang sudi memasak lebih makanan buat aku dan ibu.

Bercakap soal makan, aku berbeza dengan abang aku. Walaupun saiz tubuh lebih besar dari abang, aku bukan seorang kaki makan. Berbeza dengan abang yang merupakan seorang yang suka makan. Disebabkan itu, tidak pelik jika abang aku akan makan di rumah mak - mak saudaranya walaupun lauk yang disediakan hanya ikan rebus goreng.

Menjadi kebiasaan, apabila Hari Raya Aidiladha. Keluarga aku akan menerima sumbangan daging korban dari jiran tetangga. Walaupun PKP atau darurat, itu bukan alasan untuk penduduk taman perumahan aku ini tidak menjalani ibadah korban. Hampir penuh peti sejuk kecil ibu dengan sumbang daging korban.

Alhamdulillah, aku bersyukur dengan kesempatan yang ada pada kali ini. Tahun hadapan, belum tertentu ada lagi waktu atau peluang meraikannya kerana kehidupan kita ini bukankah penuh dengan kejutan?. Walaupun ibu tidak ungkapkan apa-apa tetapi aku tahu ibu sedih kerana abang tidak dapat peluang beraya. Sabarlah ibu, in sha Allah mudahan tahun depan kita beraya berlima iaitu isteri abang dan aku sekali. Ameen ya rob.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?