Temuduga JKOM

Beberapa hari yang lalu, aku berpeluang mencuba melakukan sesuatu baru dalam hidup. Sesuatu yang selama ini, aku hanya mendengarnya. 

Semua sedia maklum bahawa ketika ini, dunia termasuk Malaysia sedang bergelut untuk keluar dari masalah Pandemik. Oleh itu, semua aktiviti pekerjaan  harus dilakukan dari rumah. Sesi persekolahan turut dilakukan dari rumah yang mana ia di panggil sebagai PdPR.

Aku berpeluang untuk menghadiri temuduga kerja Pegawai Penerangan di Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM). Kebiasaannya, aku harus hadir di lokasi temuduga yang bakal diadakan. Tetapi kali ini, ia sangat berbeza kerana aku harus hadir sesi temuduga melalui atas talian.

Pada awal waktu, ketika aku menerima e-mail memaklumkan tentang temuduga tersebut. Perasaan anxiety itu muncul kerana ia merupakan pengalaman pertama dan aku tidak begitu pasti bagaimana ia akan dilaksanakan. Aku cuba mencari webcam di kedai komputer berdekatan tetapi tiada stok.

Nasib aku baik, ibu mempunyai telefon pintar yang jauh lebih elok berbanding aku. Oleh itu, aku menggunakan telefon pintar ibu untuk sesi temuduga tersebut. Aplikasi zoom digunakan bagi sesi temuduga tersebut. Sejujurnya aku amat terasa bodoh atau ketinggalan kerana tidak tahu bagaimana menggunakan aplikasi tersebut pada awalnya.

Pembelajaran melalui pemerhatian, itu yang dipraktikan. Aku belajar menggunakan aplikasi tersebut berdasarkan pemerhatian bagaimana panel dan calon temuduga yang lain menggunakan aplikasi tersebut. Pada awal, situasi yang agak tidak terkawal. Akhirnya semuanya berjalan dengan lancar.

Pada permukaan telefon pintar ibu, timbul beberapa wajah termasuk diri sendiri. 2 orang panel dari organisasi dan 3 orang calon temuduga. Sesi temuduga dijalankan serentak, selama 1 jam. 4 sesi diadakan dengan pelbagai kaedah atau soalan yang dikemukakan.

Seperti biasa, apabila menghadiri sesi temuduga walaubagaimana caranya. Aku pasti diserang situasi anxiety. Setiap persoalan yang dikemukakan, mula aku menjawab dengan keadaan tidak teratur dan samar-samar.

Akhirnya, sesi temuduga tersebut, aku boleh anggapkan berjaya kerana setiap calon amat jelas menunjukan kemahiran masing-masing untuk menyakinkan para panel, calon yang mana ingin di ambil.

3 calon termasuk aku, 2 dari calon tersebut merupakan bekas kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang telah dibubarkan oleh kerajaan persekutuan terdahulu.

Aku sedar mencuba nasib, jika memang rezeki aku, in sha Allah dapat jawatan tersebut. Jika tidak, aku redha sebagaimana temuduga sebelum ini yang banyak aku hadiri dan semuanya gagal.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?