Kelantan Naik Lagi

 Berdasarkan data terkini, negeri Kelantan mencatatkan jumlah pesakit COVID-19 sebanyak 1284 pesakit bagi 11 Ogos 2021. Satu nilai yang sangat menakutkan kepada semua pihak. Bagaimana negeri Kelantan yang sebelum ini hanya mencatatkan jumlah jangkitan setiap hari pada nilai 2 digit, kini semakin melonjat tinggi jumlah jangkitannya.

Aku bukan seorang yang ahli dalam bidang kesihatan, namun  hal bab menghadapi Pandemik COVID-19. Ia lebih tertumpu kepada bagaimana pengurusan pihak berkuasa dalam menangani sesuatu penularan tersebut. Maka semua pihak berhak memberi pendapat atau idea dalam menguruskan masalah pandemik ini. 

Persoalan utama yang harus diperkatakan ialah bilakah bermulanya situasi peningkatan kes COVID-19 mendadak di Kelantan?. Berdasarkan pandangan peribadi aku, ia bermula ketika sambutan Perayaan Hari Raya Aidiladha. Walaupun kerajaan melaksanakan larangan merentas negeri. Masih berlaku ketembusan rentas negeri. Maka bermulalah penularan atau jangkitan di satu-satu kawasan.

Bukti mudah. Hampir 10 buah kampung yang hampir dengan kediaman aku terpaksa dilakukan saringan disebabkan wujud peningkatan kes yang mendadak. Apabila diselidiki berpunca dari anak-anak yang tinggal di kawasan ZON MERAH seperti Selangor dan Kuala Lumpur yang balik menjenguk ahli keluarga.

Paling menakutkan apabila pihak KKM mengumumkan bahawa Kelantan telah mencatatkan kes  COVID-19 yang berasaskan Variant Delta. Aku amat pasti, semua sedia maklum bagaimana Variant Delta ini berfungsi. Bagaimana kesan kepada manusia tanpa mengira peringkat umur. Bagaimana variant Delta boleh ada di Kelantan?. Difahamkan ketika ini, radius jangkitan Variant Delta semakin meluas sehingga ke Machang dan Bachok. Kes pertama pula dilaporkan di kesan di Pasir Puteh.

Selain itu, aku merasakan sikap segelintir rakyat Kelantan turut menjadi punca berlakunya penularan baru. Masih wujud rakyat yang ingkar atau tidak mengambil serius dalam soal pematuhan SOP yang ditekankan oleh pihak kerajaan. Wujud situasi penjual gerai makan mewujudkan dine-in PINTU BELAKANG. Buat para pelanggan mereka. Sentiasa berada di luar rumah walaupun tiada sebarang urusan dan paling kerap dilakukan tidak memakai FACEMASK apabila berada di kawasan tumpuan orang-ramai.

Kesimpulannya ada 2 key point yang aku boleh ketengahkan iaitu point pertama iaitu kewujudan Variant Delta, point kedua iaitu sikap segelintir rakyat Kelantan tidak mematuhi SOP. Maka adakah kita bakal menyaksikan Kelantan dihimpit situasi menakutkan?. Berdoa sambil tunggu dan lihat.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?