Renew Cukai Jalan

Setelah sekian lama menanti, akhirnya pemilik bagi semua jenis kenderaan dapat memperbaharui cukai jalan yang sekian lama tertunda disebabkan pandemik. Walaupun pemilik sebelum ini, tidak dapat memperbaharui cukai jalan. Mereka masih dikehendaki untuk memperbaharui insuran kenderaan terlebih dahulu.

Menjadi kebiasaan untuk aku, memperbaharui cukai jalanraya di Pejabat Pos yang berdekatan. Sistem yang sekian lama diamalkan, namun disebabkan pandemik. Segalanya mula berubah apabila setiap pemilik kenderaan yang ingin memperbaharui cukai jalan harus terlebih dahulu membuat temujanji melalui aplikasi yang khusus.

Mujur, kakitangan pejabat pos Ketereh, sudi membantu aku untuk membuat temujanji melalui telefon pintarnya. Tempahan dilakukan berdasarkan kekosongan slot temujanji. Aku mendapat slot temujanji waktu petang, pada minggu hadapan.

Sejujurnya sistem baru ini, amat meremehkan bagi pemilik kenderaan. Namun harus diterima dengan hati terbuka kerana pihak berkuasa berkenaan ingin mengelak berlaku kesesakan di premis seperti pejabat pos atau JPJ bagi tujuan memperbaharui cukai jalan.

Sebelum itu, sistem hampir sama digunakan untuk mendapatkan nombor giliran di premis perbankan. Semua kini benar-benar dihujung jari dan sesungguhnya aku dah boleh mengaku bahawa aku dah tua untuk membiasakan diri dengan semua ini.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?