Kita dapat apa dalam 5 tahun?

 Aku bukan seorang yang pandai tentang dunia politik di Malaysia. Namun selaku rakyat Malaysia,  berpendapat adalah wajar untuk aku memberi pandangan tentang senario politik Malaysia ketika ini. Dalam tempoh lima tahun sahaja, Malaysia mempunyai 3 orang Perdana Menteri. Adakah ia sesuatu yang membanggakan?. 

Jangan lupa, ketika ini. Kita masih berdepan dengan masalah Pandemik yang masih berterusan dengan kewujudan variant baru. Dalam waktu yang sama, ekonomi rakyat Malaysia itu sendiri semakin kritikal sehingga wujud kempen BENDERA PUTIH sebagai usaha sesama rakyat Malaysia untuk membantu mereka yang kesusahan.

Kematian disebabkan pandemik masih terus berlaku. Hakikat, rakyat penat mengharungi dugaan ini. Jika kita cuba mengingati kembali permulaan Pandemik C19. Ia di kesan pada akhir tahun 2019. Ketika itu, negara di tadbir oleh Perdana Menteri ke - 7 dari kompenen parti yang baru. WHO selaku pertubuhan kesihatan dunia ketika itu, masih lagi menyiasat kes jangkitan C19 yang dilaporkan.

Di antara konflik kesihatan dan politik, semestinya konflik politik bermula terlebih dahulu. Secara mengejut, Perdana Menteri meletak jawatan. Kompenen parti yang mentadbir Putrajaya kini berada terumbang-ambing akibat perletakan jawatan tersebut. Status konflik kesihatan C19 pula semakin serius bermula awal tahun 2020. Jangkitan dalam radius yang lebih besar mula berlaku. C19 mula diberi status Pandemik oleh WHO.

Manakala Perdana Menteri baru telah dipilih dan dilantik dengan rasmi untuk menerajui negara. Kerajaan baru ketika itu, terus mengambil langkah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berdasarkan situasi pandemik C19 semakin serius ketika itu. Aku berpendapat, ketika ini bermulanya konflik ekonomi negara dan rakyat Malaysia. Hal disebabkan penutupan aktiviti semua sektor ekonomi menyebabkan beberapa perusahaan terpaksa memberhentikan pekerja mereka dalam jumlah yang ramai.

Kerajaan baru dilihat sedaya upaya membantu rakyat yang mula terkesan dengan apa yang berlaku. Pada waktu yang sama, bahang politik masih terus hangat diperkatakan setiap masa. Kompenen yang terbentuk untuk mentadbir Putrajaya dilihat sedikit rapuh kerana sokongan mampu berubah bila-bila masa sahaja.

Kisah tahun 2020 bersambung  ke tahun 2021, jalan cerita hampir sama. Kemuncaknya ialah Perdana Menteri ke-8, meletak jawatan akibat desakan politik, bukan rakyat yang mendesak. Begitu juga ketika Perdana Menteri ke-7 meletak jawatan. Bukan disebabkan desakan rakyat walaupun ada polisi yang tidak disenangi oleh rakyat bawahan diperkenalkan.

Ketika tempoh matang untuk menghadapi PRU ke-15 semakin hampir, negara sekali lagi bakal tadbir oleh Perdana Menteri baru, Perdana Menteri ke-9. Situasi yang aku hilang kata-kata untuk memperkatakannya dengan lebih mendalam. Ketika KPI Kesihatan dan ekonomi masih belum mencapai status yang seharusnya. KPI politik terus mendahului. Pemimpin pula mendakwa apa yang mereka lakukan adalah demi rakyat. Aku cuba memahami dari sudut pandang rakyat bawahan.

Aku secara peribadi berharap no more new pm before general election. Semua pemimpin politik tanpa mengira kerajaan atau pembangkang harus fokus kepada rakyat. Bantu rakyat keluar dari konflik ekonomi dan bersiap sedia menghadapi apa yang bakal berlaku dalam konflik kesihatan. Ketika C19 masih mengganas, pakar kesihatan memberi amaran tentang kewujudan C22 yang lebih bahaya dari C19. Semoga Allah SWT melindungi kita semua.

 AMEEN YA ROB


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?