Imunisasi di Kelantan

 Aku ketika ini, masih lagi menanti tarikh temujanji untuk menerima suntikan vaksinasi untuk suntikan pertama. Pada awalnya, aku bersikap tidak ambil kisah bila tarikh tersebut akan diberikan. Namun apabila memasuki bulan Ogos, aku daftar bulan 5. Itu bermakna aku berada dalam tempoh menunggu hampir 4 bulan. Di manakah silapnya?, sehinggakan aku harus menunggu dalam tempoh yang agak lama pada pendapat aku.

Berdasarkan portal VAKSINCOVID. Kelantan mencatatkan jumlah pendaftaran program imunisasi sebanyak 824,734 orang dengan peratusan sebanyak 66.8%. Manakala bagi jumlah rakyat Kelantan yang telah menerima suntikan dos pertama sebanyak 543,760 orang dengan peratusan sebanyak 28.5%. Pada pendapat aku, kadar pendaftaran yang rendah dengan kadar suntikan yang sama rendah. Mengapa tempoh menunggu harus lama?.

Bukankah Kelantan harus meningkatkan kadar suntikan walaupun kadar pendaftaran rendah?. Menurut portal COVID-19 MALAYSIA, nilai kadar kebolehjangkitan di Kelantan ialah 1.25 (R-NAUGHT). Bukankah itu bermakna risiko rakyat Kelantan dijangkiti oleh virus Covid-19 semakin meningkat?.

Berdasarkan keadaan ini, data-data yang dikemukakan menjadi rujukan. Ia sememangnya menakutkan kerana ketika ini. Kelantan turut mencatatkan kes jangkitan disebabkan oleh Variant Delta. Satu variant yang sedang hangat diperkatakan dengan kadar jangkitan yang sangat pantas dengan mampu menyebabkan kematian kepada pesakit dalam tempoh yang singkat.

Sejujurnya aku bukan ingin cari salah siapa yang menyebabkan tempoh menunggu sangat lama. Pada waktu yang sama, aku seorang  pesakit darah tinggi dan menghidapi beberapa penyakit yang berisiko. Aku pula terpaksa keluar rumah untuk mencari keperluan untuk aku dan ibu yang semakin uzur. Mujur ibu dan disuntik vaksin bagi dos pertama.

Mungkin tarikh temujanji dikeluarkan setelah aku mati disebabkan COVID-19. Aku tuntut semuanya di padang masyar, termasuk KJ selaku Menteri yang bertanggungjawab terhadap program PICK.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?