Karnival Riuh Sokmo

 Aku berkesempatan berkunjung ke Karnival Riuh Sokmo anjuran Kementerian Komunikasi yang diadakan di stadium mini,ketereh. Karnival tersebut dianjurkan selama 3 hari, bermula 16hb hingga 18hb September 2022.

Aku berkunjung ke Karnival terbabit sekitar pukul 5 petang, suasana di luar stadium sangat sesak. Para pengunjung bukan hanya dari pekan Ketereh semata-mata tetapi turut datang dari pelbagai daerah sekitar negeri Kelantan.

Berdasarkan pemerhatian, aku secara peribadi berpendapat bahawa golongan belia di Kelantan sememangnya inginkan hiburan sebagaimana yang dirasai oleh belia-belia di negeri lain.

Aku dengar karnival tersebut mendapat bantahan segelintir pihak dengan alasan, hiburan mengundang maksiat atau hiburan itu melalaikan. Pada aku, itu pandangan yang kolot.

Masalah sosial tetap wujud di kalangan belia di Kelantan walaupun semua jenis hiburan di larangan diadakan di Kelantan termasuk pawagam. Hakikat hiburan itu boleh jika tahu bagaimana untuk mengawalnya atau berusaha untuk mengawalnya.

Sebagaimana penganjuran karnival riuh sokmo ini, pihak penganjur dilihat mengasingkan ruang lelaki dan perempuan yang ingin menonton konsert nyanyian yang diadakan pada waktu malamnya. Mungkin ada beberapa perkara yang harus diambil perhatian untuk mana-mana penganjur di masa hadapan.

Pihak penganjur diharapkan menambah portable tandas di kawasan karnival. Selain itu, diharapkan pihak penganjur menyediakan ruang solat bagi pengunjung. Dua benda yang simple tapi amat penting buat pengunjung yang hadir ke mana-mana karnival.

Bagi booth pula, ada 2 bahagian, bahagian agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan satu bahagian kesegaran, cuma aku tengok banyak booth yang dibuka di bahagian kesegaran terdiri dari booth minuman. Tidak pelbagai.

Hari pertama Karnival, pada aku sangat meriah. Bagaimana hari berikutnya?.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?