Konsert Hiburan D Kelantan II

Karnival riuh sokmo yang di adakan di mini stadium, daerah Ketereh sempena sambutan Hari Malaysia yang lalu telah berakhir. Karnival tersebut diserikan lagi dengan konsert nyanyian artis terkenal tanahair seperti Faizal Tahir, Ramli Sarip, kumpulan Wings dan ramai lagi.

Bagaikan telah menduga, karnival atau konsert yang diadakan mengundang pelbagai reaksi terutama mereka dari gelanggang politik tanahair. Kehadiran pengunjung seramai 20 ribu orang pada malam konsert wings menambah lagi kritikan umum.

Semua disebabkan Kelantan selama ini mengamalkan pendirian tegas terhadap sebarang hiburan di negeri tersebut. Sehinggakan pawagam sama sekali tidak dibenarkan diwujudkan di negeri ini atas alasan mengundang maksiat dan kemurkaan Allah SWT.

Walaupun pihak penganjur karnival berusaha mematuhi peraturan yang ditetapkan seperti pengasingan pengunjung lelaki dan perempuan ketika konsert. Tiada konsert nyanyian pada hari Jumaat serta tiada penyanyi wanita terlibat.

Oleh itu, mengapa masih ada pihak cuba memprovokasi berhubung karnival atau konsert ini?. Hakikatnya negara ini mengamalkan kebebasan untuk rakyat menikmati hiburan. 

Mana-mana pihak tidak mampu untuk memastikan pemikiran terutama generasi muda terjebak dengan maksiat atau perkara yang melalaikan.

Walaupun Kelantan tiada pawagam, rakyat Kelantan masih boleh ke Terengganu untuk menonton wayang. Acuan pemikiran masih boleh terbentuk walaupun pemimpin Kelantan cuba menyekat.

Aku selaku penduduk Kelantan, sejujurnya melihat tidak banyak impak positif pada pemikiran generasi muda di Kelantan. Zaman aku, telah wujud budaya skin head atau punk. Bapa ajk surau atau masjid tapi anak belum tentu.

Bahkan pihak PDRM sering memberi nasihat agar ibubapa di negeri Kelantan, sentiasa memantau anak-anak yang masih di bangku sekolah kerana wujud kes pelajar terlibat dengan aktiviti dadah di Kelantan.

Apabila hiburan cuba disekat, semakin kuat keinginan anak muda untuk mencuba. Akhirnya kecundang penuh penyesalan. Adakah pemimpin negeri melihat data-data merujuk bilangan anak Kelantan terlibat dadah?, terlibat dengan pembuangan bayi atau terlanjur?.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?