Bila Kawan Tanya Khabar

Aku merupakan seorang yang tidak ramai kawan, dari kecil sehingga dewasa. Kawan-kawan aku boleh dihitung dengan jari, termasuk kawan-kawan di Universiti.

Setelah sekian lama, dunia aku hanya ada aku, ibu dan keluarga terdekat. Apabila tiba-tiba seorang kawan lama bertanya khabar, ia sangat menggembirakan aku. Maklumlah semenjak menjadi penganggur sepenuh masa, tidak ramai yang sudi menjadi kawan aku.

Kawan yang bertanya khabar merupakan bekas rakan satu tempat kerja dan serumah ketika aku tinggal di Putrajaya. Orang panggil dia sebagai KJ tapi bukan YB Menteri Kementerian Kesihatan Malaysia tetapi singkatan kepada khairul

Last berjumpa sekitar tahun 2017/18, ketika itu KJ menghadiri kenduri kahwin saudaranya di Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas. KJ merupakan kawan yang aku suka bersembang bila ada masa terluang.

Bagi mereka yang berada di situasi seperti aku, pasti mengerti betapa happy bila ada kawan yang bertanya khabar walaupun hanya melalui telefon. Ramai yang tahu nombor telefon aku tetapi mungkin lupa untuk bertanya khabar kerana aku bukan sesiapa ketika ini.

Seandainya aku memegang jawatan atau seorang yang berpengaruh, pasti setiap hari. Ada kawan yang menghubungi aku, tentu aku tidak kesunyian seperti sekarang. Sebagaimana abang aku sendiri apabila pulang ke kampung, beliau kini menjawat pegawai kanan kerajaan. Bila dia sahaja di rumah, hp pasti berdering, kawan-kawan bertanya khabar dan mengajak keluar untuk pekena teh di warung.

Selain KJ, Ikhwan juga merupakan salah seorang kawan yang suka bertanya khabar atau melayan sembang ketika aku menghubunginya. Selebihnya diam membisu tanpa seorang menghubungi aku bertanya khabar.

Paling aku sedih dan kecewa apabila mereka yang aku pernah berkhidmat sepanjang di Putrajaya, ada yang tidak sekali pun bertanya khabar. Seolah-olah mereka tidak pernah mengenali aku selama ini.

Jujur, ketika di Putrajaya. Ramai mencari aku ketika mereka dalam kesulitan dan melupakan aku ketika mereka dalam kesenangan. Namun aku harus sedar bahawa itu adalah hukum dunia sekarang.

Pada aku, jika orang tidak mengingati aku, tidak boleh di paksa kerana menjadi fitrah manusia, mengingati dan melupai. Kehidupan masih harus diteruskan kerana ketika ini aku tiada sebarang komitmen.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?