PRU Musim Banjir?

 Kita sekarang berada di bulan 9, perlahan-lahan memasuki musim tengkujuh yang sinonim dengan dugaan banjir terutama bagi negeri-negeri di bahagian pantai timur semenanjung Malaysia.

Dilaporkan bahawa negara bakal menerima jumlah hujan yang lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya. Semestinya perkara ini amat membimbangkan bagi penduduk-penduduk di kawasan rendah. 

Seharusnya orang-ramai termasuk kerajaan, bersedia sepenuhnya dalam menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal terjadi kelak. Namun ada sesuatu yang tidak enak di dengari apabila ada pihak dilihat lebih fokus kepada inginkan KUASA berbanding memikirkan soal KEBAJIKAN RAKYAT.

Ada pihak inginkan Perdana Menteri Malaysia membubarkan Parlimen dan mengadakan Pilihan Raya Umum pada tahun ini juga. Tahun 2022 berbaki 3 bulan sahaja lagi dan ketika musim banjir. Aku cuba memahami mengapa pihak terbabit begitu inginkan PRU secepat mungkin walaupun dalam musim banjir?.

Berdasarkan beberapa artikel berkaitan seperti Sinar 1, cukup memberi gambaran tentang tekanan yang diberikan oleh pihak terbabit untuk parlimen dibubarkan segera. Cuma aku pelik.

Kebiasaan, pihak pembangkang yang akan mendesak agar Parlimen dibubarkan tetapi tidak kali ini, sebaliknya pihak dari komponen kerajaan itu sendiri yang mendesak. Mengapa?. Adakah negara tiada sebarang masalah kritikal?.

Walaupun ramai pihak membantah cadangan untuk PRU diadakan ketika musim banjir, segalanya terletak pada tangan Perdana Menteri Malaysia. Adakah mengikut kehendak pihak mendesak atau memikirkan soal rakyat dengan mendalam?.

Harus difahami bahawa kos untuk mengadakan PRU bukannya murah. Oleh itu, adakah kewangan negara berada di tahap memuaskan?. Bukankah elok wang yang ada dibelanjakan bagi mengukuhkan ekonomi negara?, pada waktu yang sama membantu rakyat yang ketika ini dibelenggu inflasi?.

Aku bukan penyokong arena politik tanahair atau ilmuan dalam hal ekonomi. Aku sekadar melihat sesuatu isu atau polemik itu berdasarkan logik akal. Adakah sesuai atau sebaliknya. Dari kecil sehingga sekarang, aku membesar dengan politik. Aku merasa bagaimana kejam dunia politik tanahair namun siapakah aku untuk menghukum.

Jika Perdana Menteri tetap membubarkan Parlimen di musim tengkujuh. Aku berdoa semoga Allah SWT tidak memberi kemenangan kepada Parti yang tidak jujur pada rakyat.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?