PELAJAR MASTER

 Aku ingin kongsikan sedikit pengalaman aku menghadiri pembentangan thesis calon-calon Ijazah Peringkat Sarjana atau MASTER. Pembentangan dijalankan pada peringkat fakulti. Kebetulan ketika itu, aku berada di Jabatan Pengajian Media, Dr Siti salah seorang lecture, Jabatan Pengajian Media mengajak aku untuk menemani beliau mengikuti pembentangan tersebut.

Ada beberapa orang calon MASTER sedang menanti giliran ketika aku sampai di bilik mesyuarat kalau tidak salah ingatan aku. Selain, itu ada beberapa orang pesyarah kanan fakulti, mungkin mereka merupakan penilai bagi sesi pembentangan terbabit.

Aku selaku pemerhati, hanya melihat dan cuba memahami setiap pembentangan. Nampak mudah tetapi hakikatnya hanya mereka yang mengambil MASTER mengetahui cabarannya.

Setiap calon MASTER, mula membentangkan penulisan mereka dan ada beberapa yang mendapat teguran dari barisan pesyarah kanan fakulti yang hadir. Kesalahan yang dilakukan, seperti tiada nota kaki atau senarai rujukan penulisan thesis mereka.

Aku tertarik pada salah seorang calon MASTER yang membentangkan penulisan thesisnya. Seorang kakitangan awam, dari awal sehingga kesimpulan. Tidak banyak teguran yang diterima dari pesyarah.

Mungkin inti penulisannya berdasarkan pengalamannya sebagai kakitangan awam. Mungkin mengemukakan fakta yang menarik perhatian pesyarah sehingga tidak banyak teguran yang diberikan.

Walaupun aku tidak berpeluang untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana, namun pengalaman hadir pada sesi pembentangan cukup mengujakan. Cuma terfikir, bagaimana agaknya situasi pembentangan calon Phd?. 

Ketika itu, ada sesetengah pihak berpendapat. Pengajian MASTER atau PhD di Universiti Malaya lebih mencabar dari Universiti lain. Aku tidak pasti  tentang perkara tersebut.

Di Jabatan Pengajian Media, UM. Calon yang sedang mengikuti pengajian Phd agak ramai, ada yang muda dan ada yang sedikit dewasa. Seperti sekarang, ramai junior aku telah berjaya mendapat gelaran Doktor Falsafah. Rasa malu pula bila melihat diri sendiri di cermin kehidupan.

Rupanya ketika aku di semester terakhir, salah seorang pesyarah Fakulti ingin mencadangkan aku sebagai calon bagi pesyarah. Namun aku harus memperolehi CGPA 3.2 ke atas.

Takdir menetapkan aku tiada rezeki untuk menjadi pesyarah di Universiti Malaya. Jika tidak, mungkin kisah perjalanan aku sedikit berbeza dari sekarang.



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?