OPR Naik Lagi

 Difahamkan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikan kadar OPR sebanyak 25 mata kepada 2.25%. Ia merupakan kenaikan kali ke-3 dalam masa yang terdekat.

Difahamkan, BNM telah menurunkan OPR sebelum ini bagi tujuan meransang pertumbuhan ekonomi dalam negara. Maka dengan kenaikan berkala ketika ini, ia dipercayai tidak memberi kesan yang mendalam terhadap situasi ekonomi semasa. Boleh rujuk artikel propertyguru.

Apakah kesan kenaikan kadar OPR terhadap rakyat Malaysia?. Kesan OPR naik boleh difahami sebagai perubahan beberapa perkara seperti nilai kadar faedah pinjaman jangka pendek, kadar deposit tetap, tukaran asing, kadar faedah jangka panjang

Umumnya kadar OPR mempengaruhi kadar faedah pinjaman peribadi, perumahan dan kenderaan

Adakah OPR membebankan rakyat Malaysia?. Berdasarkan pemahaman aku, mereka yang terikat dengan pinjaman yang paling terkesan apabila OPR dinaikan. Hal ini disebabkan peminjam harus memperuntukan wang lebih kepada bahagian pembayaran balik hutang sedia ada.

Selain itu, situasi yang mudah difahami ialah bila kadar faedah pinjaman perniagaan yang meningkat dan ditanggung oleh peniaga, ia akan dipindahkan kepada pembeli melalui kenaikan harga barang atau perkhidmatan yang disediakan.

Pembeli tanpa sedar atau tidak mempunyai pilihan lain, terpaksa membayar sesuatu harga barang atau perkhidmatan dengan harga lebih tinggi berbanding sebelumnya. 

Mungkin disebabkan itu, ramai penganalisa ekonomi menyarankan agar rakyat Malaysia mula berjimat dalam berbelanja.

Berdasarkan perkembangan semasa, nilai kadar OPR akan terus naik. Rakyat Malaysia harus bijak dan mula merancang perbelanjaan harian agar tidak menyebabkan kenaikan kadar inflasi pula. 

Aku berpendapat bahawa rakyat Malaysia dalam golongan B40 amat merasai betapa nilai wang negara semakin mengecil berdasarkan kemampuan membeli dari semasa ke semasa. Kata kunci utama buat masa ini ialah merancang perbelanjaan harian kita.



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?