Posts

Big Family

When I was drive around Ketereh, I passed an old house that kept many memories especially when I was a child, my grandfather's house in the village of Pangkal Kalong. In the past, when my mother went to work, my father would leave me at home from morning to evening. Grandma who would prepare lunch and dinner for me and the nieces and nephews who lived together in the house.  Now the old house, my closest relative lives, his family lives in Shah Alam, only a cousin who is the same age as me lives alone in the house. The neighbors around the old house are my relatives.  But now, one by one, my relatives have passed away. The saddest thing is when the new generation does not know their relatives as well as their parents know. It included myself being so ignorant of my own relatives unless someone asked who I was. Maybe that's the nature of human life when it comes to family relationships. I still remember how my father's attitude when he heard about his relatives, would be imm...

Lesen TV

Aku amat pasti bahawa golongan bawah umur 25 tahun tidak sempat merasa situasi di mana rakyat Malaysia harus mempunyai lesen sekiranya ingin memiliki TV atau Radio di rumah. Apabila dikenangkan kembali, terasa sangat kelakar kerana harus membayar RM24 bagi tempoh setahun untuk memiliki sebuah tv atau radio pada waktu itu. Peraturan tersebut ditetapkan bagi menampung kos penyiaran pada waktu itu kerana difahamkan bahawa konsep pengiklanan ketika itu masih baru dan masih belum banyak syarikat-syarikat terlibat dengan pengiklanan. Aku difahamkan bahawa ketika itu, turut wujud pihak penguatkuasa yang melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah untuk mengesan pemilik rumah yang gagal mendapatkan lesen bagi TV dan Radio. Sekiranya tertangkap tidak memiliki, akan dikenakan denda yang nilainya aku sendiri lupa sebab masih kecil pada waktu itu. Aku tiba-tiba teringat filem sarjan Hassan yang mana memaparkan babak pihak Jepun mengharamkan penduduk tanah melayu memiliki radio. Kalau tertangkap akan...

REALITI KEHIDUPAN NORMA BARU

  KEPEKAAN MASYARAKAT Ketika ini, Malaysia boleh dikatakan berada dalam kondisi mengharungi gelombang ke-3 penularan Pandemik Covid19, ia berdasarkan kepada jumlah pesakit yang positif mencapai nilai 3 digit setiap hari dan bilangan kematian disebabkan Covid19 turut meningkat. Masyarakat Malaysia secara umumnya mula takut melihat perkembangan tersebut, ada yang mula meminta pihak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 sebagaimana yang dilaksanakan pada bulan March yang lalu. Pada aku, mengapa terjadi situasi sedemikian, ia adalah kerana dipengaruhi oleh beberapa faktor utama dan sampingan. Paling ketara ialah keadaan masyarakat yang mula leka dengan saranan yang sering diwar-warkan oleh kerajaan. Semestinya di antara kempen yang sering kita dengari melalui pelbagai medium hebahan adalah penjarakan sosial iaitu 1 meter bagi kedudukan antara satu sama lain, sentiasa memakai mask ketika berada di kawasan sesak dan sentiasa mencuci tangan dengan pembasmi kuman. Aku suka ...

Drugs in society

Among the major social problems in the community. Definitely DRUG ADDICTION, a social problem that has never found a solution point. In fact, it is like a heritage because there are definitely those who are involved from various ages in a society. How do you feel if you are in a group or community where the problem of drug addiction always exists and even inherited from generation to generation ?. There are even parents who do not help their children stop from getting involved with drug addiction, instead hide or protect their children from the relevant authorities. The District Health Clinic has never stopped being visited by drug addicts who want to seek treatment to overcome their addiction. Every time I try to get a supply of mother medicine, every time I also come across this group. The issue of drug addiction in society. for example in my residential area is an issue that is never resolved. From my childhood until now. Although most drug addicts I know have died of overdoses. The...

PRK BATU SAPI

  BN UMUM TIDAK BERTANDING Pilihan Raya Kecil sekali lagi terpaksa diadakan kerana berlaku kekosongan kerusi Parlimen Batu Sapi setelah kematian penyandangnya sebelum ini. Ketika situasi negara berdepan dengan Pandemik Covid19, PRK mungkin tetap diadakan dalam waktu terdekat. Paling menarik perhatian aku secara peribadi ialah keputusan dari Barisan Nasional yang telah mengistiharkan bahawa parti terbabit tidak akan bertanding bagi kerusi tersebut demi mengelak keadaan yang semakin memburuk merujuk situasi Pandemik Covid19 ketika ini. Aku sangat menghormati dengan apa yang dilakukan oleh BN, mendahulukan kepentingan rakyat. Namun masih tidak dipastikan, parti yang manakah bakal bertanding atau menang tanpa bertanding di Parlimen tersebut. Pendapat peribadi aku, ketika PRU ke-15 bakal diadakan pada bila-bila masa sahaja jika melihat perkembangan politik semasa. Sewajarnya usaha untuk meminimunkan risiko penularan Pandemik Covid19 diambil kerana hakikat yang harus diterima bahawa raky...

ISU TUNDA SESI

  Sesi Pendaftaran & Pengajian Universiti Ketika aku sedang menanti bas untuk pulang ke Kelantan pada 1 Oktober yang lalu, aku melihat beberapa orang sedang membawa beg besar di kawasan terminal, dari riak wajah mereka, aku menduga mereka adalah para pelajar dari IPT yang berhampiran. Sejujurnya agak pelik melihat mereka berada di Terminal bas pada waktu itu, rupanya ada kisah yang terjadi terhadap seluruh PELAJAR yang menyebabkan mereka terpaksa usung beg ke sana ke mari. Rupanya Pihak Kementeri Pengajian Tinggi baru sahaja mengeluarkan arahan untuk menangguhkan pendaftaran pelajar baru dan lama atas faktor peningkatan kes positif Covid19 ketika ini. Penangguhan tersebut semestinya menimbulkan respon yang negatif dari pihak yang terlibat iaitu para pelajar dan ibubapa, aku pernah bergelar pelajar di IPTA dan amat mengetahui kos yang harus ditampung bila semester baru dibuka. Bahkan bukan semua pelajar IPTA dalam kategori  M40, sebab itu maggi menjadi makanan ruji kami, za...

BENTUK KERJASAMA

Muafakat Nasional atau Perikatan Nasional Landskap Politik Malaysia sangat menarik selepas Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu, adakah sahaja  perkembangan demi perkembangan yang mengejutkan rakyat Malaysia dan pemerhati dari luar negara. Selepas diumumkan bahawa kerajaan Pakatan Harapan mempunyai bilangan ahli parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan di peringkat persekutuan. Barisan Nasional mula mengorak langkah baru apabila membentuk kerjasama bersama Parti Islam Malaysia (PAS). Pembentukan kerjasama ini dinamakan sebagai Muafakatan Nasional, aku melihat kesungguhan dari dua belah pihak dalam memperkasakan kerjasama tersebut, rundingan demi rundingan di adakan bagi mengemaskini hala tuju kerjasama tersebut. Hasil dari kerjasama tersebut mula terserlah apabila BN mula memenangi PRK demi PRK yang diadakan, hasil pertolongan dari Jentera PAS. Kemudian, konflik mula timbul dalam Pakatan Harapan sehingga Parti BERSATU keluar dari komponen tersebut, setelah Perdana Menteri ke-7...