PRK BATU SAPI

 BN UMUM TIDAK BERTANDING


Pilihan Raya Kecil sekali lagi terpaksa diadakan kerana berlaku kekosongan kerusi Parlimen Batu Sapi setelah kematian penyandangnya sebelum ini. Ketika situasi negara berdepan dengan Pandemik Covid19, PRK mungkin tetap diadakan dalam waktu terdekat.

Paling menarik perhatian aku secara peribadi ialah keputusan dari Barisan Nasional yang telah mengistiharkan bahawa parti terbabit tidak akan bertanding bagi kerusi tersebut demi mengelak keadaan yang semakin memburuk merujuk situasi Pandemik Covid19 ketika ini.

Aku sangat menghormati dengan apa yang dilakukan oleh BN, mendahulukan kepentingan rakyat. Namun masih tidak dipastikan, parti yang manakah bakal bertanding atau menang tanpa bertanding di Parlimen tersebut.

Pendapat peribadi aku, ketika PRU ke-15 bakal diadakan pada bila-bila masa sahaja jika melihat perkembangan politik semasa. Sewajarnya usaha untuk meminimunkan risiko penularan Pandemik Covid19 diambil kerana hakikat yang harus diterima bahawa rakyat ketika ini dalam ketakutan.

Sekiranya PRK telah dilaksanakan, maka diharapkan pihak SPR beserta agensi yang terbabit mengadakan SOP yang lebih ketat berbanding ketika PRN Sabah diadakan sebelum ini.

Mungkin kemenangan tanpa bertanding itu lebih baik ketika ini, siapa yang bakal mengisi kekosongan tersebut, sama-sama kita tunggu dan lihat.

Sekali lagi, aku sangat menyokong tindakan yang dilakukan oleh BN berhubung PRK Batu Sapi, walaupun satu sudut ia merugikan namun atas nama kepentingan rakyat, ia dilakukan maka ia harus dipuji.

Paling penting kita semua termasuk pemimpin politik dan rakyat, harus bersama-sama dalam mengharungi penularan Gelombang ke-3 Pandemik Covid19 kali ini.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?