REALITI KEHIDUPAN NORMA BARU

 KEPEKAAN MASYARAKAT


Ketika ini, Malaysia boleh dikatakan berada dalam kondisi mengharungi gelombang ke-3 penularan Pandemik Covid19, ia berdasarkan kepada jumlah pesakit yang positif mencapai nilai 3 digit setiap hari dan bilangan kematian disebabkan Covid19 turut meningkat.

Masyarakat Malaysia secara umumnya mula takut melihat perkembangan tersebut, ada yang mula meminta pihak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 sebagaimana yang dilaksanakan pada bulan March yang lalu.

Pada aku, mengapa terjadi situasi sedemikian, ia adalah kerana dipengaruhi oleh beberapa faktor utama dan sampingan. Paling ketara ialah keadaan masyarakat yang mula leka dengan saranan yang sering diwar-warkan oleh kerajaan.

Semestinya di antara kempen yang sering kita dengari melalui pelbagai medium hebahan adalah penjarakan sosial iaitu 1 meter bagi kedudukan antara satu sama lain, sentiasa memakai mask ketika berada di kawasan sesak dan sentiasa mencuci tangan dengan pembasmi kuman.

Aku suka merujuk situasi kawasan sekitar kediaman, walaupun Kelantan merupakan negeri yang agak terkawal penularan Pandemik Covid19, itu bukan bermakna kita harus leka.

Aku harus memberi pujian kepada PBT yang mula melaksanakan SOP penjarakan pada waktu Pasar Malam dan Pasar Tani, tapak penjual diperbesarkan berbanding biasa, maka pengunjung tidak perlu bersesak ketika membeli.

Walaubagaimanapun, masih ada penduduk tempatan yang masih tidak mengamalkan pemakaian mask ketika berada di tempat awam, tidak mengamalkan penjarakan ketika berada di tempat awam. Paling mencuit hati adalah mask yang harus dipakai, disimpan rapi didalam poket baju atau beg yang dibawa,

Apabila berlaku keadaan luar jangka seperti terjadinya kes jangkitan, pasti menyalahkan kerajaan atau pihak berkuasa sedangkan diri sendiri tidak berusaha mencegah dari sesuatu yang tidak diduga terjadi.

Ketika ini, kerajaan pusat tidak melaksanakan larangan rentas daerah atau negeri bagi kawasan berstatus kuning, maka tidak hairan apabila aku melihat penumpang bas laluan KL-Kelantan sentiasa dipenuhi penumpang.

Adakah sesiapa berani memberi jaminan bahawa setiap penumpang itu, tidak mempunyai risiko dari dijangkiti?. Semestinya risiko itu pasti ada, andai terleka atau tersalah arahan, lihat sahaja kesan sekarang.

Realiti norma baru sesungguhnya tidak seperti yang diharapkan pada pandangan aku, education with laws masih perlu dipraktikan buat rakyat Malaysia namun tidak terlalu tegas, bergantung kepada keadaan atau situasi.

Aku percaya bahawa Covid19 pasti berlalu pergi, namun bila itu hanya kita dapat tentukan, paling penting kerjasama sesama kita dan displin kerana berdasarkan pemahaman aku, virus Covid19 merupakan virus yang lemah jika tiada perumah, ia memerlukan perumah untuk berkembang. 

Maka kita harus berusaha memastikan bahawa kita tidak menjadi perumah kepada Covid19.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?