ISU TUNDA SESI

 Sesi Pendaftaran & Pengajian Universiti


Ketika aku sedang menanti bas untuk pulang ke Kelantan pada 1 Oktober yang lalu, aku melihat beberapa orang sedang membawa beg besar di kawasan terminal, dari riak wajah mereka, aku menduga mereka adalah para pelajar dari IPT yang berhampiran.

Sejujurnya agak pelik melihat mereka berada di Terminal bas pada waktu itu, rupanya ada kisah yang terjadi terhadap seluruh PELAJAR yang menyebabkan mereka terpaksa usung beg ke sana ke mari.

Rupanya Pihak Kementeri Pengajian Tinggi baru sahaja mengeluarkan arahan untuk menangguhkan pendaftaran pelajar baru dan lama atas faktor peningkatan kes positif Covid19 ketika ini.

Penangguhan tersebut semestinya menimbulkan respon yang negatif dari pihak yang terlibat iaitu para pelajar dan ibubapa, aku pernah bergelar pelajar di IPTA dan amat mengetahui kos yang harus ditampung bila semester baru dibuka.

Bahkan bukan semua pelajar IPTA dalam kategori  M40, sebab itu maggi menjadi makanan ruji kami, zaman aku belajar dah ramai pelajar yang hadir sendiri ke IPT tanpa diiringi oleh ibubapa dengan wang poket yang tidak seberapa.

Tambahan pula bukan semua mampu memiliki lap top untuk kemudahan pembelajaran secara atas talian, mungkin ada telefon pintar namun adakah cukup canggih untuk mengikuti sesi pembelajaran?.

Aku sendiri terpaksa tunggu duit pinjaman PTPTN baru dapat membeli PC yang paling murah, cukup untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh lecture. Jika merujuk capaian internet, bukti telah ada sebelum ini sehingga terpaksa tidur atas pokok untuk mengikuti ujian online.

Maka semestinya arahan di saat akhir yang dikeluarkan mendatangkan amarah pada para pelajar, terutama yang tinggal di luar kampus, semua mengetahui sewa rumah atau bilik di bandar besar seperti Kuala Lumpur atau lain-lain, nilainya bukan murah.

Aku terharu melihat respon pihak yang bertimbang rasa melalui media sosial, sanggup menawarkan tempat tinggal atau makan bagi pelajar yang terkandas. Malah ada pihak siap buat kutipan untuk membantu.

Dari duduk kolej, baik balik, mengapa?, setahu aku apabila pelajar duduk di kolej kediaman, mereka harus membayar, walhal sesi pembelajaran melalui online. Bukan ia merugikan terutama bagi peminjam PTPTN?.

Diharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan sebijak mungkin, aku dahulu mendapat pinjaman RM3250 setiap semester, tinggal di kolej kediaman, baki pemotongan yuran belajar dan kediaman, aku dapat di antara RM500 - RM600 semester.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?