BAS EKSPRESS KE KUALA LUMPUR

BAS EKSPRESS KE KUALA LUMPUR

Setelah berada di Kelantan untuk beberapa hari, tiba masa untuk uncle pulang kembali ke Kuala Lumpur. Cuma pengangkutan yang digunakan bukan Kapal Terbang tetapi BAS.

Di Kelantan, pengangkutan BAS menjadi pilihan utama bagi rakyat Kelantan yang bekerja di luar dari Kelantan. Faktor menjadi pilihan semestinya kos yang lebih murah.

Mungkin disebabkan itu, banyak syarikat BAS dari dalam atau luar Kelantan menyediakan perkhidmatan terutama ketika musim perayaan.

BAS menjadi pengangkutan utama aku ketika menuntut di Universiti Malaya atau bekerja di Putrajaya. Hentian Putra merupakan stesen bas utama satu ketika bagi laluan negeri pantai timur sebelum di pindahkan ke Terminal Bersepadu Selatan.

Kelmarin, uncle hampir tertinggal BAS apabila sampai lewat di stesen bas henti-henti di Pekan aku ini. Nasib baik aku sempat sampai terlebih dahulu untuk melengahkan masa ketika pemandu kedua ingin memasuki BAS bagi meneruskan perjalanan.

Mengapa uncle sampai lewat?. Sebelum ini, sistem tiket BAS hanya memaklumkan waktu BAS berlepas dari Terminal Utama Kota Bharu, para penumpang dalam laluan BAS, harus mengagak waktu BAS akan sampai di stesen bas henti-henti tempat mereka

Namun itu kisah dahulu, kini sistem masa perjalanan BAS semakin baik. Masa yang dimaklumkan berdasarkan kepada masa bas bergerak dari lokasi mengambil penumpang. Oleh disebabkan itu, BAS sampai tepat 5 minit sebelum pukul 10 pagi.

Dahulu, di dalam BAS jarak jauh atau Ekspress ini disediakan bilik air, kedudukan kerusi pula 2 + 2, kini kemudian bilik air tiada manakala kedudukan kerusi lebih selesa iaitu 2+1.

Tempoh perjalanan BAS dari Kelantan ke Kuala Lumpur dalam lingkungan 7- 8 jam. Akan tetapi sekiranya musim perayaan mampu mencapai tempoh lebih dari 12 jam.

Apabila semakin banyak syarikat pengangkuta BAS Ekspress di wujudkan maka berlaku persaingan sihat yang mana para pengendali akan berusaha memasti para penumpang selesa.

Walaubagaimanapun, ada juga syarikat pengusaha BAS Ekspress yang tewas dalam persaingan atau faktor kemampuan kewangan. 

Jika dahulu, trip perjalanan kebiasaan pada waktu malam & pagi, kini pengusaha bas mengambil inisiatif menambah trip perjalanan kepada waktu petang.

End this month, mak cik aku turut menggunakan BAS dalam menghantar one of anaknya lapor diri untuk kursus di Putrajaya. Bukan tidak mampu untuk membeli tiket flight tetapi berasa selesa menggunakan BAS yang semakin menyediakan kemudahan mesra penumpang.

Mungkin di masa akan datang pihak pengusaha BAS Ekpress akan menukarkan kerusi kepada katil yang lebih selesa buat para penumpang, soal kos tiket pula masih berbaloi berbanding flight.

Disebabkan musim sekarang musim cuti sekolah, uncle sampai setelah 11 jam dalam bas. Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?