Moraliti Masyarakat

Aku sebenarnya tertanya-tanya tentang moraliti dikalangan masyarakat Malaysia masa kini. Adakah ia semakin baik atau sebaliknya?, memandangkan usia kemerdekaan negara ini kini telah mencecah 63 tahun.

Hal ini kerana situasi masyarakat sekeliling yang menampakkan kesedaran moraliti semakin hilang. Bukan aku ingin mendedahkan aib SESIAPA, sekadar renungan bersama kerana moraliti itu berkaitan rapat dengan peradaban manusia.

Judi & Dadah, merupakan penyakit sosial yang telah lama wujud dalam masyarakat kita selama ini, kedua-dua penyakit sosial ini amat berkait rapat dengan isu moraliti

Namun ia bagaikan dipandang mudah oleh kelompok masyarakat, maka tidak hairan jika isu moraliti yang diperkatakan sentiasa wujud dalam masyarakat.

Semua Umat Islam mengetahui bahawa JUDI itu haram dari segi hukum Islam, namun aktiviti tersebut masih tetap dilakukan kerana terjadinya kelemahan moraliti kita sendiri.

Begitu juga dengan penagihan dadah, rata-rata kes melibatkan warga muda atau belia dengan penambahan bilangan penagih pada setiap tahun. Kerajaan telah berhabis jutaan ringgit dalam usaha mengawal atau membantu penagih agar kembali ke pangkal jalan.

Bermula dari sekadar mencuba, akhirnya terjebak jiwa dan raga. Aku melihat, ada yang jenis sembahyang tidak ditinggalkan, begitu aktiviti berjudi. Di kawasan sekitar kediaman aku, kegiatan judi yang sering dilakukan ialah judi nombor ekor. .

Ditambah pula dengan keadaan semasa iaitu kegiatan berjudi dari dahulu sehingga sekarang sentiasa mengalami perubahan. Mesin judi yang kita kenal pada waktu dahulu, sangat besar saiznya tetapi kini hanya melalui telefon pintar.

Hal ini menimbulkan kebimbangan kerana kanak-kanak atau remaja juga mudah terjebak dengan budaya berjudi ini. Hanya melalui telefon bimbit yang mereka miliki, sudah boleh terlibat dalam perjudian atas talian.

Sekiranya Moraliti kita masih kuat, masih bersifat logikal, kita semestinya harus faham & mengerti bahawa JUDI hanya membawa kemudaratan semata-mata.

Dalam Islam itu sendiri, melarang Umatnya terjebak dengan gejala berjudi, namun fitrah manusia yang pasti melakukan sesuatu yang dilarang atau ditegah.

Aku amat pasti kelak bapa yang terjebak dengan JUDI, hampir kebanyakannya mewariskan sifat atau moraliti kepada anak-anak yang pasti belajar tentang kehidupan melalui ibubapa mereka.

Apabila wang dari sumber HARAM dihidangkan kepada keluarga, menjadi darah daging pula, Maka wujud pula BUDAYA seterusnya berkaitan dengan DADAH

Dalam kehidupan seharian kita, dadah sentiasa memainkan peranan dari sudut kesihatan, umumnya mengetahui ada DADAH yang dibenarkan & ada yang diharamkan. Mungkin disebabkan fitrah manusia, HARAM itu menjadi pilihan, bahkan yang halal boleh diharamkan.

Dari aku berusia kanak-kanak sehingga sekarang. Hisap DADAH sentiasa menjadi BUDAYA yang tidak pernah ditinggalkan terutama kelompok masyarakat kini, ada sahaja generasi pelatih dalam meneruskan masalah moraliti sebegini. Dari menghidu GAM, seterusnya suntikan membawa OVERDOSE, kini bentuk pill diperkenalkan pula selain minuman herba yang diubah suai.

Moraliti bukan bergantung kepada tahap pendidikan, hal ini kerana ketika aku belajar di Universiti, aku digoda untuk mengambil dadah atas alasan untuk membantu proses pembelajaran.

Walaupun tahu kesan jangka panjang, masih wujud golongan cerdik pandai yang moraliti semakin hilang hari demi hari.

Dadah kelak bukan sahaja menghilangkan moraliti masyarakat tetapi menghilangkan maruah diri sendiri selain orang sekeliling. Bagi aku selagi ibubapa memainkan peranan sebaiknya isu penagihan dadah dapat dibendung sebaiknya.

Bagaimana masa depan masyarakat aku?, tiada jawapan yang pasti mampu diberikan, kerana telah banyak korban akibat DADAH, Budaya JUDI & DADAH sampai bila-bila akan wujud kerana itu pilihan yang dibuat oleh kita sendiri.

Aku tinggal di kawasan yang majoriti penduduknya adalah beragama Islam,  namun bagaimana boleh wujud aktiviti yang kurang sihat dikalangan ahli masyarakat setempat?. 








Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?