Flood Season 2019


Halaman 1 Disember 2019 dibuka dengan catatan berkenaan ‘BANJIR’, bencana yang sentiasa terjadi apabila memasuki bulan November sehingga Januari setiap tahun dan terjadi di kawasan Pantai Timur meliputi Kelantan, Terengganu & Pahang. 

Kejadian banjir dikatakan berpunca dari perubahan kitaran angin monson timur laut yang membawa bersama awam yang mempunyai kepadatan air yang sangat tinggi.

Jam menunjukan waktu pukul 3 pagi, keadaan cuaca ketika itu, hujan turun dengan sangat lebat di kawasan Kelantan. Boleh dikatakn 60 % - 80% kawasan di Kelantan menerima kadar air hujan yang sangat tinggit pada waktu itu. Kawasan kediaman aku, air mula menunjukan peningkatan mendadak, beberapa orang jiran termasuk abang aku sendiri mula mengalih kenderaan ke luar kawasan perumahan kami.

Aku mula dihimpit rasa kebimbangan apabila melihat situasi tersebut, kawasan perumahan kami telah mengalami 3 kali kejadian air naik mendadak, Tahun 2014, seterusnya tahun 2016 & 2017. Dengan kondisi ibu yang uzur, harus memikirkan proses pemindahan.

Pegawai Polis tempatan dan anggota Bomba mula melaksanakan rondaan, beberapa kawasan di Parlimen Ketereh mula ditenggelami air, Pusat Pemindahan Sementara di buka di Masjid Utama dan Sekolah yang berhampiran.

Alhamdulillah, sesudah selesai solat Fardu Subuh, situasi sedikit terkawal apabila kadar hujan semakin menurun, paras air bertahan pada satu tahap. Namun ketika memasuki waktu 9.00 pagi, kadar hujan kembali tinggi membuat paras air naik kembali.

Melihat keadaan air banjir ketika itu yang jernih, menunjukan bahawa air sungai belum melepasi paras bahaya. Dalam beberapa minit, hujan mula berhenti, keadaan ini membolehkan paras air banjir menurun.

Menjelang waktu pukul 2 petang, paras air banjir kawasan perumahan aku semakin menurun walaupun kadar penurunan sangat perlahan. Kadar penurunan hujan kembali tinggi menjelang senja, membuatkan hati aku kembali bimbang.

Sepanjang pengamatan aku, sepanjang tahun 2019, pihak berkuasa tempatan & agensi pusat melakukan pelbagai usaha dalam meminimunkan kesan banjir. Di antara usaha yang dijalankan seperti membina saluran longkang yang baru & memperbesarkan terusan anak-anak sungai.

Walaupun pelbagai usaha dilakukan, namun masalah utama belum lagi dapat diselesaikan iaitu sikap kita sendiri, hal ini merujuk kepada saluran-saluran longkang yang tersumbat disebabkan sampah-sarap yang dibuang. Keadaan ini, mempercepatkan kadar kenaikan paras air  dan melambatkan proses penyusutan paras air.

Kuala Krai, selaku daerah yang mengalami kesan teruk ketika banjir tahun 2014, sekali lagi menerima impak yang tidak kurang teruknya melibatkan kawasan kampong Chuchuh Puteri & Kampung Sungai Pas. Begitu juga kawasan Pasir Puteh & Rantau Panjang.

Walaupun Banjir dikategori Bencana Alam, namun ia tidak semata-mata memberi kesedihan kepada yang mengalaminya tetapi mendatangkan kegembiraan apabila ada dikalangan mangsa banjir mula memukat ikan dikawasan laluan air banjir. 

Hal sebegini yang mengundang kecelakaan nyawa, di Kelantan setakat entries diterbitkan, 2 orang mangsa banjir telah terkorban. Kita semua sedia maklum bahawa musim cuti Sekolah di Malaysia adalah pada hujung tahun merujuk bulan November sehingga Disember setahun.

Keadaan ini membuatkan kanak-kanak seronok sekiranya berlaku bencana banjir, keseronokan yang jika tidak dikawal oleh ibubapa, nescaya ada nyawa yang melayang seperti tahun-tahun sebelumnya.

Aku sendiri, walaupun usia kian menuju angka 40. Masih mempunyai rasa ingin berseronok bermain air banjir. Mungkin perasaan yang dialami oleh mereka dalam kelompok pendapatan rendah atau bahasa mudah "orang kampung".

Kata orang tua-tua, situasi banjir di kawasan Pantai Timur, hanya akan berakhir apabila melepasi tahun baru Cina yang kali ini jatuh pada 25 Januari 2020. Betul atau tidak, hanya Allah SWT Maha Mengetahui.

Setiap kali terjadi bencana alam sebegini, ia turut melibatkan kos kerugian yang agak tinggi bagi mangsa yang terlibat. Persoalan bermain difikiran aku iaitu mengapa kejadian semakin kerap berlaku terutama kawasan perumahan kediaman aku sendiri.

Hakikatnya sebelum 2014, amat sukar untuk kawasan kediaman aku mengalami bencana, kos yang harus ditanggung sangat mendukacitakan, walaupun ada sekelompok geng kopiah akan berpesan bahawa redha bahawa ini takdir tuhan.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?