PAK CIK SUDAH TIADA

MENINGGAL DUNIA KETIKA HADAPI UJIAN

Ketika tinggal beberapa hari lagi untuk memasuki Tahun 2020, ujian tetap hadir tanpa kita menduga terutama kehilangan insan yang kita sayangi buat selamanya.

29 Disemberi 2019, pak cik yang telah beberapa hari mendapat rawatan di Hospital Kota Bharu, akhirnya di jemput Allah SWT buat selamanya. Sekitar waktu Subuh, doktor yang merawat mengesahkan waktu kematian akibat komplikasi buah pinggang.

Kematian pak cik, semestinya suatu yang sangat menyedihkan buat kami sekeluarga, mengenangkan perjalanan hidupnya selama ini, pasti buat kami menitik air mata. Namun itu, suratan takdir yang Allah SWT telah tentukan buat pak cik.

Merupakan anak ke 9 dari 10 orang adik-beradik, seorang yang tidak banyak bicara jika tiada apa perkara untuk diperkatakan. Oleh kerana kesusahan, pak cik berusaha sedaya apa yang ada dengan latar belakang pendidikan tidak cemerlang.

Ketika hayatnya, pak cik pernah kembara ke Johor untuk berkursus dalam bidang pembinaan, pernah kerja di Stesen Minyak ibu saudara sendiri seterusnya bekerja sebagai pencuci kolam renang sebelum bertemu jodoh.

Memiliki 4 zuriat iaitu 3 lelaki 1 wanita. Perkahwinan pertama gagal dipertahankan dan akhirnya berpisah, seterusnya pak cik memilih untuk berkahwin dengan adik kenalannya di Pusat Pengajian.

Di saat akhir hidup Pak Cik, banyak masa dihabiskan di Pusat Pengajian berhampiran kediaman kami. Beliau memain peranan sebagai orang yang bertanggungjawab mencari dana kewangan bagi mengisi tabung Pusat Pengajian mereka.

Walaupun pendidikan tidak setinggi mana, pak cik seorang yang bijak dalam Perniagaan, sentiasa ada idea untuk berniaga. Itulah pak cik yang aku kenal.

Alhamdulillah, Perjalanan terakhir Pak Cik berjalan lancar, dari mandi sehinggakan pengebumian, semua berakhir dengan baik. Kawan-kawan yang jauh dan dekat hadir pada solat jenazah.

Pak cik, disemadikan berdekatan  atuk, nenek & saudara-mara yang lain termasuk abah. Berehatlah Pak cik, semoga tenang di sana, in sha Allah giliran kami yang masih hidup akan tiba pula. Entah bagaimana pula perjalanan terakhir kami.

Sekian. 

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?