KISAH SEJARAH DILUPAKAN


KISAH SEJARAH DILUPAKAN

Dalam kehidupan ini, kebiasaannya kita berada pada 3 keadaan atau situasi iaitu keadaan yang lepas, keadaan sekarang dan keadaan di masa hadapan. Keadaan di masa hadapan adalah keadaan yang kita belum pasti bagaimana ia terjadi atau berlaku tetapi kita boleh merancang bagaimana kita ingin keadaan di masa hadapan.

Keadaan sekarang ialah keadaan sedang berlaku, keadaan yang mungkin luar dari perancangan atau harapan kita pada ketika berada di keadaan masa yang lepas. Mungkin aku boleh gambarkan keadaan selepas PRU ke-14 yang tidak sama seperti keadaan sebelum PRU ke-14.

Aku ingin berkongsi pandangan terhadap keadaan yang lepas atau gelaran yang biasa kita dengar adalah SEJARAH. Suatu keadaan yang tidak mungkin kita mengubahnya tetapi ia kekal menjadi sebahagian dari hidup kita sampai bila-bila.

Setiap dari kita, tidak kira siapa pun, pasti mempunyai SEJARAH tersendiri, ada SEJARAH kelam, ada SEJARAH penuh kegembiraan. Ada SEJARAH terjadi tanpa di rancang. Seharusnya SEJARAH dijadikan panduan oleh kita semua agar tidak mengulangi kesilapan yang pernah tertulis dalam SEJARAH.

Aku amat pasti golongan muda atau Belia keadaan sekarang mempelajari SEJARAH Bangsa mereka, Agama mereka & Negara mereka. Namun ianya hanya mencurahkan air di atas daun keladi. Mereka belajar hanya untuk peperiksaan bukan untuk mengenali salasilah asal kejadian mereka.

Secara umumnya, kita belajar tentang SEJARAH Negara kita iaitu MALAYSIA, dahulunya di panggil TANAH MELAYU. Sebuah SEJARAH yang harus DIINGATKAN sampai bila-bila.

Kita mempelajari bagaimana Portugis selaku Orang asing, mendapatkan hak atau memiliki Pulau Pinang hanya dengan sebuah janji membantu Kedah melawan tentera Siam. Akhirnya SEJARAH tertulis bahawa KEDAH hilang PULAU PINANG & PERLIS.

SEJARAH tertulis bagaimana kesilapan BANGSA kita sendiri, akhirnya seluruh semenanjung TANAH MELAYU Berjaya di tawan oleh British pada tempoh yang sangat cukup lama.

SEJARAH seterusnya mencatatkan kehadiran JEPUN di Tanah Melayu, tiada siapa boleh menduga bahawa Jepun akan menawan Tanah Melayu melalui Kota Bharu & Thailand. SEJARAH kekejaman JEPUN mula tertulis selepas itu, ada yang terakam ada yang terlepas pandang.

Seterusnya kita belajar SEJARAH kekejaman Parti Komunis Malaya yang bermula di Era Jepun sehingga tahun akhir 1980-an. Bagi aku, ia salah sebuah SEJARAH HITAM bagi TANAH MELAYU.

Seharusnya menjadi SEJARAH yang tertulis sebagai panduan dalam merangka MASA DEPAN. Kita harus sedar bahawa SEJARAH MUNGKIN BERULANG. Sedangkan kita sentiasa melakukan kesilapan yang sama seperti masa.

Adakah kita mempelajari sesuatu dari SEJARAH sebuah negara bernama PALESTIN?.

 Adakah kita mempelajari sesuatu dari SEJARAH sebuah negara bernama IRAQ?.

Adakah kita mempelajari sesuatu dari SEJARAH sebuah negara bernama SYRIA?.

Bagaimana SEJARAH diri kita sendiri?. Aku mempunyai SEJARAH sendiri, begitu juga dengan orang yang turut mempunyai SEJARAH sendiri. Adakah kita mempelajari SEJARAH keturunan kita?.

Ketika Abah masih hidup, SEJARAH hidupnya selalu diceritakan pada aku, bagaimana ayah nenek merupakan Orang China dari Tanah Besar datang ke Tanah Melayu di Era penjajah seterusnya pulang ke Tanah Besar China tanpa sebarang berita.

SEJARAH sebelah ma pula ada sedikit keturunan INDIA. Bukankah itu sangat menarik?. SEJARAH abah & ma, mereka sama-sama hidup dalam kedaifan, kesusahan  yang sangat menyedihkan sehingga Abah di pelihara oleh orang lain, begitu juga ma.

Mungkin disebabkan itu, aku tidak pernah meminta barangan mewah dari abah & ma kecuali situasi memerlukan seperti handphone ketika mula-mula aku memasuki Universiti.

Point yang ingin sampaikan pada penulisan kali ini ialah hampir 100% SEJARAH yang tertulis wujud kisah air mata, pengorbanan, penderitaan yang sukar di gambarkan. Saudara aku sendiri ada terlibat menjadi BURUH di LANDASAN KERETAPI MAUT di Siam.

SEJARAH HITAM ini, sepertinya dilupai oleh anak-anak TANAH INI, mereka seolah-olah MABUK dengan keadaan masa kini yang mereka lupa bahawa segalanya tidak kekal, pasti hilang pada bila-bila masa sahaja.

Mungkin disebabkan itu, aku melihat ramai sanggup menjual segalanya termasuk AGAMA demi KEMABUKAN sementara ini, apabila SEJARAH BERULANG ketika itu baru merasa kesal dengan apa yang berlaku.

Ingatlah SEJARAH tidak pernah melupakan KITA tetapi KITA yang sentiasa LUPA pada SEJARAH.

Walau SEHEBAT mana sekali pun, SEBERJAYA mana sekali pun. Ia bermula dari sebuah SEJARAH. KEHEBATAN pasti hilang, KEJAYAAN pasti MUSNAH. SEJARAH pernah menulis TENTANGNYA.

Sekian.





google.com, pub-8513704964416390, DIRECT, f08c47fec0942fa0


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?