Pak cik Semakin Kritikal

Pada hari Jumaat yang lepas, aku berpeluang untuk menziarahi pak cik yang sedang dirawat di HRPZ II kerana kerosakan ginjal yang semakin kritikal.

Hampir seminggu pak cik mendapatkan rawatan, sambil ditemani isteri dan penghuni dari pusat tarbiahnya.

Apabila bercakap tentang Hospital di Malaysia, semestinya perkara yang sering diperkatakan ialah parking sentiasa dipenuh.

Pelawat sukar mendapatkan parking kereta, bagi pelawat ingin mendapatkan parking, kadangkala harus mengambil tempoh yang lama. 

Bergantung kepada nasib sekiranya mendapat parking yang lebih dekat dengan kawasan Wad yang ingin dilawati.

Oleh itu, kebiasaan penumpang akan turun terlebih dahulu di hadapan pintu masuk wad, baru di cari parking kereta.

Sebelum ini, pak cik aku ini biasa mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Krai, cuma kali ini, keadaan yang lebih kritikal maka dia dirujuk ke Hospital Kota Bharu. Memudahkan kami, saudara terdekat untuk melawat bila kelapangan.

Keadaannya agak kritikal kerana kuman menjangkiti hampir seluruh tubuh termasuk otak, pihak hospital mencuba sedaya upaya merawat keadaan pak cik ketika ini.

Doktor yang merawatnya memberitahu antara punca mengapa kuman boleh merebak adalah kerana keadaan tempat kediaman yang kurang bersih. Aku terpaksa akui berdasarkan lokasi pak cik tinggal ketika ini, tidak begitu sesuai dan bersih.

Walaupun Perkhidmatan Kesihatan di Malaysia masih dikategorikan mesra B40 dengan kos yang dikenakan tidak membebankan tetapi jika yang berkemampuan atau mempunyai perlindungan insuran. Pihak Hospital kerajaan turut menyediakan fasiliti sebaik Hospital Swasta.

Apabila tiba waktu lawatan, menyaksikan betapa ramai pelawat yang hadir, betapa ramai rakyat Malaysia yang sakit. 

Ma aku pernah warded tahun lepas, selama seminggu, ditempatkan wad kelas ke-3, doktor yang memantau boleh dikatakan hampir 24 jam.

Keadaan pak cik aku sedikit stabil tapi masih memerlukan pemantauan kerana kedua-dua lututnya terkena jangkitan kuman yang agak teruk sehingga bernanah. Proses rawatan ketika ini harus mengeluarkan nanah yang terkumpul di kedua belah lutut pak cik.

Aku harap pak cik kembali sihat dan stabil. Sesungguhnya itulah kehidupan, kita selaku manusia akan mengalami 5 perkara sebelum 5 perkara. Hargailah 5 perkara sebelum hadir 5 perkara.

Ketika kita sihat, kalangan kita jarang menjaga pemakanan atau bersenam, akhirnya apabila hadirnya kesakitan barulah ingin menyesal. 

Terutama golongan perokok, ingatlah perokok tidak mempunyai risiko untuk dihidapi  penyakit, tidak sama seperti situasi mereka yang berada berhampiran dengan golongan perokok ini.

Benar sakit itu penuh dosa tetapi bagaimana amal ibadah?. Adakah sempurna  ketika sihat?. Ketika sakit pasti ada kekurangannya dari segi tertib melakukan ibadah tersebut.



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?