PAKAR PEMAKANAN


Hari ini, aku harus membawa ma untuk menghadiri sesi bersama pakar pemakanan dari Kementerian Kesihatan Malaysia, sesi tersebut akan diadakan di Klinik Kesihatan Daerah yang berdekatan.

Sesi tersebut bukan dijalankan secara berkelompok tetapi secara bersemuka. Alhamdulillah, ma mendapat giliran pertama pada sesi kali ini.

Tempoh sesi berjalan selama 30 minit, pakar pemakanan mengfokuskan kepada pemakanan bagi penyakit darah tinggi dan kencing manis bagi ma.

Banyak info yang diperolehi terutama dari segi pemakanan harian, hasil sesi yang dijalankan, ma termasuk aku sendiri yang menemani harus mula mengawal kuantiti apa yang di makan dan jenis makanan yang di makan.


Aku rasa jika sesi sebegini bersama pakar pemakanan swasta pasti tidak tergambar difikiran kos sesi tersebut. Walau pada awalnya, aku beranggapan tidak perlu untuk mengadakan sesi bersama pakar pemakanan, selepas selesai sesi sangkaan aku salah sama sekali.

Waktu pulang, aku dan ma menimba pengalaman baru iaitu kereta milik abang tidak mampu dihidupkan setelah selesai mengisi minyak, mungkin disebabkan faktor kuasa bateri yang semakin menurun.

Nasib baik, mak cik aku datang untuk menolong, jika tidak, takut untuk digambarkan kesudahan cerita hari ini disebabkan abang tidak ingin tukar bateri keretanya lagi.

Persoalan mula timbul difikiran, adakah aku mampu memastikan ma mengikut apa yang disarankan oleh pakar pemakanan?. Biarlah masa menentukan segalanya.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?