PERSIAPAN HIDUP SEBELUM MATI

PERSIAPAN HIDUP SEBELUM MATI, BEKAL HIDUP SEBELUM MATI

Kita selaku Umat Islam, sentiasa diingatkan tentang 5 Perkara sebelum datangnya 5 Perkara, Salah satunya ialah 'HIDUP SEBELUM MATI'. Benar!, satu masa kita pasti akan MATI, cuma kita tidak tahu BILA, DI MANA, BAGAIMANA kita akan mati.

Kita selaku Umat Nabi Muhammad SAW telah ditentukan hanya berada di dunia ini pada waktu yang sangat singkat. Namun ramai diantara kita terlalu mencintai dunia ini sehingga lupa kita pasti MATI.

Para Ulamak, sentiasa berpesan untuk melakukan AMAL IBADAH ketika usia masih ada kerana itu BEKALAN utama untuk dibawa ke penghitungan PADANG MASYAR nanti.

Dengan BEKALAN yang kita bawa, bakal menentukan ke mana arah kita, SYURGA atau NERAKA. Sebelum itu, dengan BEKALAN yang sama bakal menentukan nasib kita di alam kubur nanti. Terseksa atau sebaliknya.

Bayangkan, setelah jasad kita disemadikan, tinggallah kita seorang diri, didalam ruang yang sempit,kemudian hadir 2 Malaikat penjaga alam kubur iaitu Malaikat Mungkar & Nangkir yang bakal bertanyakan soalan yang sama dari awal kita disemadikan sehingga kita dibangkitkan.

Dunia yang kita cintai, akhirnya melupai kita, isteri & anak-anak mula membiasakan diri hidup tanpa kita disisi. Andai betul didikan kita pada keluarga, pasti mereka hadir ziarahi kita sepanjang masa, andai tidak setahun sekali belum tentu lagi.

MATI itu pasti, kita bersedia atau tidak, pasti akan tiba nanti. Telah dipesan sepanjang masa, 3 perkara menjadi bekalan sepanjang masa, pertama meninggalkan anak yang soleh, kedua harta yang disedekah dan terakhir harta yang di manfaatkan.

Cuma apabila melihat karenah penghuni dunia ini, aku sendiri pelik kerana ada manusia yang KAYA, menjadi sangat kedekut dengan KEKAYAANNYA. Ada yang miskin, begitu pemurah untuk bersedekah dengan harta apa yang ada.

MATI itu tidak mengenal usia, namun semakin ramai anak MUDA sangat susah berzikir masa lapang, membaca Al-Quran ketika senang. Bersolat hanya ketika belum akil baligh. Adakah tidak tahu soal Syurga & Neraka?.

Jahil belum tentu ke Neraka, Alim belum tentu ke Syurga. Selagi kita bernafas, ujian hadir tidak pernah putus. Hati selaku pemutus setiap tindakan acap kali tertipu dengan bisikan musuh manusia yang nyata.

Seorang pelacur yang insaf & bertaubat, masuk syurga kerana ihsan terhadap haiwan. Seorang yang Alim, kuat beribadat akhirnya ke Neraka kerana mencuba arak & terpesona dengan wanita.

Benar, ketika kita hidup, kita berkuasa, semua manusia tunduk pada kata-kata dari mulut kita. Harta bagaimana timbunan pasir yang sentiasa di tambah.  Akhirnya kuasa ke mana, kekayaan ke mana, tinggal keseorangan jua dalam kegelapan seksaan.

Demi masa manusia itu kerugian, BENAR, sesungguhnya aku sendiri amat mensia-siakan masa yang diberikan sesaat demi sesaat, sehari demi sehari. Akhirnya ajal menjemput.

Oleh itu, aku berharap, semua Umat Islam termasuk aku sendiri, mempersiapkan diri ketika masa masih ada, masih kelapangan untuk berzikir dan membaca Kalam Allah SWT sebelum masa sampai penghujungnya.

Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?