KEDEGILAN KETIKA PKP


Bagi generasi baru, Perintah Kawalan Pergerakan merupakan perkara baru bagi mereka, walaupun negara pernah di isytihar darurat dalam catatan sejarah namun generasi yang pernah merasainya telah ramai meninggal dunia.

Oleh itu, tidak pelik jika ada segelintir generasi baru yang bersikap degil ketika Perintah Kawalan Pergerakan di laksanakan, sedangkan segala maklumat berkaitan PKP telah diberitahu oleh pihak kerajaan.

Hakikatnya bukan hanya generasi baru bersikap degil, golongan warga emas ada juga sifat degilnya, alasan mereka hanyalah bosan berada di kawasan rumah padahal kawasan rumah mereka telah wujud kes penduduk yang positif COVid19.

Kelantan merupakan salah sebuah negeri yang ketika ini menunjukan wujudnya pertambahan pesakit baru yang positif COVid19. Kota Bharu itu sendiri kini berada dalam senarai daerah zon merah dengan jumlah pesakit yang agak besar berbanding dengan daerah lain.

Parlimen Ketereh yang merupakan kawasan kediaman aku ketika ini, jika ikut geografi merupakan daerah dalam lingkungan Kota Bharu. Boleh dikatakan secara peribadi masih ada warga yang tidak mengikuti perintah PKP dengan sepenuhnya.

Pak cik aku merupakan peniaga warung, harus menutup warungnya kerana pelaksanaan PKP, walaubagaimanapun, pelanggan setia tetap datang walaupun mengetahui tentang PKP & mengapa warung ditutup. Apabila aku menegur secara tidak langsung, aku pula disalahkan kerana menyibuk urusan "orang tua".

Situasi di Pekan atau Parlimen Ketereh, aku tidak dapat pastikan cuma, mengikut media sosial setempat, telah ada kes melibatkan penduduk setempat yang positif dengan  COVid 19. Namun informasi itu sedikit tidak menakutkan segelintir warga emas kawasan aku.

Bagi aku informasi yang diberikan oleh pihak kerajaan sangat terperinci namun itu belum cukup membuatkan rakyat Malaysia 100% ikut Perintah Kawalan Pergerakan. Kini hanya doa mampu kita laksanakan ketika para petugas di Kementerian Kesihatan Malasia bersama PDRM, ATM dan agensi-agensi yang membantu dalam memastikan penularan Pandemik COVid19 terhenti.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?