HARI KE-6 PELAKSANAAN PKP DI MALAYSIA

AHLI PARLIMEN & DEWAN UNDANGAN NEGERI DI MINTA MEMBANTU RAKYAT MISKIN KETIKA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN


 Hari ini merupakan hari ke-6, pelaksanaan PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) bagi rakyat Malaysia, kita sediakan maklum bahawa tarikh akhir PKP adalah 31 March 2020.

Sepanjang PKP dikuatkuasakan, banyak isu atau polemik timbul yang menjadi bahan pendebatan di antara rakyat Malaysia termasuk ahli politik dari side pembangkang.

Di antara isu yang timbul ialah bagaimana nasib rakyat Malaysia yang tiada pendapatan tetap seperti nelayan, petani, tukang rumah & pelbagai lagi. 

Cousin aku sendiri, kini hilang pendapatan apabila kedua-dua majikannya tutup kedai atas arahan PKP. Kemanakah golongan tiada pendapatan tetap ini harus meminta bantuan?.

Pada pendapat peribadi aku, ketika situasi negara dalam keadaan yang kritikal seperti sekarang. Ahli Parlimen dan DUN harus menjalankan peranan yang sepatutnya iaitu menyediakan bantuan kepada keluarga yang hilang punca pendapatan sepanjang PKP dilaksanakan.

Aku percaya pejabat Ahli Parlimen atau DUN mempunyai peruntukan khusus untuk digunakan buat rakyat, ketika situasi yang kritikal sebegini peruntukan tersebut harus digunakan.

Aku ambil contoh mudah, Parlimen Ketereh mempunyai 1 Ahli Parlimen & 3 Ahli DUN. Rasanya untuk menyediakan sumbangan bahan makanan asas seperti beras, tepung & minyak, mereka mampu menyediakan tambahan pula bukan semua harus diberikan bantuan. Hanya bagi pengundi yang benar-benar hilang sumber pendapatan sahaja.

Aku akui ada MP & ADUN yang telah melaksanakan pemberian bantuan kepada warga pengundi di kawasan masing-masing ketika ini. Aku berharap semua MP & ADUN sama-sama membantu rakyat di kawasan masing-masing sepanjang tempoh PKP.

Hal ini kerana ada keluhan dari rakyat, bahawa jika mereka tidak keluar bekerja sepanjang PKP dilaksanakan, bagaimana keadaan keluarga mereka?, anak & isteri yang harus di isi perut mereka agar tidak kelaparan.

Family aku sendiri ketika ini, hanya makan nasi berlauk telur, ikan masin & kicap bagi sepanjang 14 hari tempoh PKP dilaksanakan. Hanya kami mampu membantu kerajaan dalam membendung penularan wabak CONVid19 dengan berada di rumah.

Para MP & ADUN harus ingat, hanya tinggal 38 bulan lagi untuk anda membuktikan bahawa anda layak untuk dipilih sekali lagi oleh rakyat pada PRU ke-15 akan datang.

Harus diingatkan juga bahawa seandainya keadaan masih tidak terkawal sehingga 31 March 2020, tidak mustahil tempoh PKP dilanjutkan ke tempoh baru. Semestinya kita tidak ingin Malaysia menjadi seperti Itali dan Sepanyol yang kini sangat berusaha menangani isu wabak CONVid 19 kerana setiap hari bilangan rakyat Itali & Sepanyol yang terkorban sangat tinggi.

Bagi rakyat Malaysia yang hilang pendapatan sepanjang tempoh PKP, aku hanya boleh cadangkan sila ke pejabat MP & ADUN masing-masing untuk memohon bantuan atau sumbangan. Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari wabak CONVid19.

Bagi Ahli Parlimen & Dun yang sanggup menyumbangkan wang gaji mereka untuk membantu rakyat atau pengundi kawasan mereka, saya doakan semoga YB-YB bertambah murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan termasuk urusan politik.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?