SESI PEMBELAJARAN & PENGAJARAN ATAS TALIAN

SESI PEMBELAJARAN & PENGAJARAN SECARA ONLINE BAGI TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN COVID19 MALAYSIA 2020


Di antara tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan ketika melaksanakan perintah kawalan pergerakan ialah melanjutkan tempoh cuti persekolahan yang telah bermula dari 14 March 2020.

Semestinya apabila keadaan sebegini berlaku, sedikit sebanyak ia menjejaskan sesi pembelajaran & pengajaran di sekolah bagi tahun ini.

Selain cuti persekolahan dilanjutkan, pejabat-pejabat kerajaan, swasta dan berkaitan turut diarahkan tutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Kakitangan awam atau swasta diminta bekerja dari rumah.

Para pelajar sebenarnya boleh turut sama belajar dari rumah melalui sistem pembelajaran online. Ketika ini, aku difahamkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia menggunakan sistem pembelajaran online yang berbeza berbanding dengan sebelumnya.

Mengapa aku menyentuh soal pembelajaran secara alam maya kali ini?, hal ini kerana pada tahun 2018, aku mendapat tawaran kerja sebagai Penceramah di Sekolah-sekolah seluruh negeri Kelantan.

Intipati ceramah yang aku sampaikan ialah ingin menggalakan para pelajar & guru untuk menggunakan kemudahan online sebagai medium pembelajaran & pengajaran di Sekolah.

Hampir 50 buah sekolah aku jelajahi dari sekitar Kota Bharu sehingga Dabung di Kuala Krai. Setiap kali berkunjung ke sekolah, aku turut mendapatkan maklumat berkenaan status kemudahan pembelajaran secara atas talian di sekolah terbabit.

Bagi sekolah-sekolah di kawasan bandar, masalah yang mereka hadapi hanya pengisian bahan untuk kegunaan para pelajar, apabila aku & team memasuki kawasan pendalaman, kami dapati masalah utama ialah kemudahan akses internet.

Ketika itu, aku boleh katakan masalah utama yang dihadapi oleh para guru & pelajar di kawasan luar bandar atau pendalaman ialah kemampuan untuk akses internet.

Seandai sistem atas talian di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia diperkasakan dengan sebaik mungkin, aku percaya walaupun apapun keadaan atau situasi yang dihadapi sesi pembelajaran & pengajaran masih belum dilaksanakan.

Salah seorang junior aku ketika di Universiti, berkongsi pengalaman mengadakan sesi pembelajaran & pengajaran dengan pelajarnya melalui kelas di atas talian.

Para pelajar di kawasan bandar, mereka terlalu biasa dengan kemudahan internet tetapi bagi pelajar kawasan bandar, mereka masih menghadapi masalah dari segi akses atau kemudahan peralatan.

Tempoh PKP kini dilanjutkan sehingga 14 April 2020, adakah ia dilanjutkan sekali lagi?, ia bergantung kepada keadaan semasa. Cuma para guru & pelajar walaupun stay at home. Sesi persekolahan masih boleh dilaksanakan. 

Apabila tempoh PKP berakhir kelak, para guru & pelajar tidak terkejar-kejar untuk menghabiskan sukatan mata pelajaran terutama bagi para pelajar yang berada di tahun peperiksaan.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?