KABINET MENTERI

JEMAAH PERMUAFAKATAN NASIONAL 

Akhirnya setiap persoalan yang bermain di minda rakyat kini terjawab apabila Perdana Menteri Malaysia yang ke-8 telah mengumumkan senarai penuh Jemaah Menteri yang bakal membantu Perdana Menteri dalam mentadbir negara bagi tempoh 38 bulan sebelum PRU ke-15.

Paling menarik bagi Jemaah Menteri pada kali ini ialah ketiadaan jawatan Timbalan Perdana Menteri, sebaliknya diwujudkan 4 Menteri Kanan yang berperanan membantu Perdana Menteri secara dekat dalam urusan pentadbiran termasuk mempengerusikan mesyuarat kabinet.

Pada pemerhatian peribadi aku sendiri, saiz Jemaah Menteri kali ini agak besar kerana diwujudkan 2 jawatan Timbalan Menteri bagi beberapa buah Kementerian.

Perlantikan Menteri yang bukan dari kalangan ahli Parlimen, di antaranya ialah Menteri Kewangan yang mana sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di salah sebuah bank yang terkemuka. Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam urusan Agama pula merupakan bekas Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kabinet kali ini dilihat lebih seimbang melibatkan wakil gabungan seperti parti BERSATU, PAS, BN, GPS & serpihan dari PKR. Walaupun pada pemerhatian aku, masih ada kekurangan dalam perlantikan kali ini, namun biarlah masa yang menentukan.

Dari sudut yang berbeza, aku melihat Kabinet kali ini turut dilibatkan pemimpin pemuda yang tiada pengalaman dalam mentadbir negara.

Pemerhati juga melihat bagaimana wakil dari PAS buat julung kalinya menyertai Pentadbiran Persekutuan setelah sekian lama berada di blok pembangkang Dewan Rakyat. Adakah wakil PAS mampu menunjukan prestasi yang membanggakan?.

Walaupun di atas kertas, senarai Jemaah Menteri merupakan senarai yang lengkap & terbaik. Namun seperti aku katakan, masih terlalu awal untuk berasa selesa.

Harapan aku, semoga Jemaah Menteri kali ini, mampu menarik minat pelabur untuk menanam modal di Malaysia, seterusnya merancakkan pertumbuhan ekonomi.

Perlantikan Mantan Menteri Pertahanan sebagai Menteri Luar Negeri, bagi aku sesuatu yang tepat kerana dasar hubungan yang baik YB Menteri dengan negara-negara luar seperti Arab Saudi, pasti membantu untuk pertumbuhan ekonomi negara ketika keadaan terumbang-ambing.

Walau apapun analisa dibuat, paling penting adalah harapan rakyat Malaysia yang ingin negara kembali dipancur ke hadapan, peluang dan ruang diberikan sama rata.



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?